Navigation
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Tetapan - Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia

Persekutuan Pengakap Malaysia - Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia

  
ilmu.pengakap.org  
   
  Struktur Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia adalah berlandaskan kepada penetapan oleh:
  1. Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016); 
  2. Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia; dan
  3. Prosedur, Organisasi dan Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia.
   
  Persekutuan Pengakap Malaysia.
   
  Pemerbadanan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia
 

Seksyen 3, Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968, menetapkan:

       
  3. (1) Mana-mana orang yang, sebaik sebelumpermulaan kuat kuasa Akta ini, menjadi ahli Persekutuan dan semua Pengakap yang selepas ini menjadi ahli Perbadanan menurut Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama "Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia" atau dalam bahasa Inggeris, "Scouts Association of Malaysia" yang kekal turun temurun.
       
  Majlis
       
  Pentadbiran Persekutuan Pengakap Malaysia adalah tertakluk kepada, Seksyen 6, Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968:
   
  6. Hal ehwal Perbadanan hendaklah ditadbir oleh suatu Majlis yang ditubuhkan mengikut kaedah-kaedah Perbadanan.
       
  Kaedah-Kaedah dan undang-undang kecil
   
  Perjalanan pentadbiran Persekutuan Pengakap Malaysia adalah tertakluk kepada, Seksyen 9, Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia: (Pemerbadanan) 1968:
   
  9. Sah bagi Majlis dari semasa ke semasa membuat, mengubah atau membatalkan kaedah-kaedah sebagaimana yang difikirkan suai manfaat bagi pengurusan hal ehwal Perbadanan dan bagi mencapai matlamatnya dan semua kaedah-kaedah dan undang-undang kecil hendaklah mengikat anggota Perbadanan.
   
  Ketua Pengakap Negara.
 
   Perlantikan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negarai adalah tertakluk kepada, Perkara 11(3),  Perlembagaan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:
   
  Ketua Pengakap Negara.
  11. (3) Maka hendaklah ada seorang Ketua Pengakap Negara bagi Malaysia daripada warganegara Malaysia dilantik oleh Penaung Utama dan Penaung-Penaung Persekutuan bagi memegang jawatan tersebut untuk selama lima tahun, selepas itu jawatan itu akan jatuh kosong dan seorang Ketua Pengakap Negara yang baru hendaklah dilantik; asalkan orang yang memegang jawatan Ketua Pengakap Negara pada hari Peraturan-Peraturan ini diterima oleh Majlis Pengakap hendaklah meneruskan perkhidmatannya sehingga tempoh jawatannya sekarang itu tamat dan akan menjalankan segala kuatkuasa, hak dan tanggungjawab yang diberi di bawah Peraturan-Peraturan ini. Pemegang jawatan itu boleh dilantik semula sebagai Ketua Pengakap Negara. Tauliah bagi perlantikan Ketua Pengakap Negara hendaklah ditandatangani oleh Penaung Utama dan Penaung-Penaung dan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan ini
   
  Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
   
  Perlantikan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negarai adalah tertakluk kepada, Perkara 11(4),  Perlembagaan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:
   
  Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
  11. (4) Maka hendaklah ada seorang Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara bagi Malaysia daripada warganegara Malaysia dilantik oleh Ketua Pengakap Negara. Keutamaan hendaklah diberi kepada seorang yang sebelum daripada perlantikannya itu telah memegang tauliah selama tidak kurang daripada 10 tahun; dan seterusnya memegang Sijil Tugas Kehormat Antarabangsa dan telah berumur 40 tahun ke atas. Tempoh perlantikan ini adalah selama dua tahun dan boleh dilantik semula. Tauliah bagi perlantikan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengakap Negara. Sekiranya tidak ada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara pada sebarang masa, atau dalam tempoh ketiadaan atau keuzuran Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dalam menjalankan tanggungjawabnya, Ketua Pengakap Negara hendaklah melantik seorang daripada Timbalan-Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara bagi memangku jawatan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
   

 



Pautan Sesawang

Hak Cipta Terpelihara © 2009-2022, Faizal bin Abd Rahim


Soalan Lazim Berkenaan Perisytiharan