Navigation
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Tetapan - Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia

Persekutuan Pengakap Malaysia - Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia

  
ilmu.pengakap.org  
   
  Persekutuan Pengakap Malaysia - Organisasi Negeri
   
  Majlis-Majlis Pengakap Negeri
 

Perkara 11(3)(e), Perlembagaan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, menetapkan, Ketua Pengakap Negara dalam tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawabnya adalah berkuasa:

         
  11. (3) (e) Melantik Yang di Pertua Majlis-Majlis Pengakap Negeri dan Daerah. Perlantikan itu adalah untuk dua tahun sahaja bagi tiap-tiap seorang mulai daripada tarikh perlantikan itu dan mereka boleh dilantik semula.
      (f) Menandatangani Sijil Perakuan bagi ahli yang tidak Bertauliah sebagai anggota Majlis Pengakap, Majlis Pengakap Negeri dan Daerah yang dipilih.
         
  Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, dalam tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawabnya adalah berkuasa:
         
  12. (4) (q) Menyelaras, menggalakkan dan memberi sokongan kepada semua Majlis Pengakap Negeri dan Majlis Pengakap Daerah bagi melaksanakan tujuan-tujuan Persekutuan di dalam dan di luar Persekutuan. Sekiranya perlu, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara boleh mewakilkan tugas-tugasnya kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Negeri.
         
  Undang-Undang Kecil.
   
  Perjalanan pentadbiran Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia Negeri adalah tertakluk kepada, Peraturan 91A., Prosedur, Organisasi dan Peraturan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:
   
  Undang-Undang Kecil
  91A. Majlis Pengakap Negeri hendaklah  menggunakan Undang-Undang Kecil yang sedia ada dan telah termaktub di negeri masing-masing. Sebarang pindaan dan perubahan yang dibuat mestilah mendapat persetujuan Ketua Pengakap Negara sebelum boleh dikuatkuasakan.
     
  Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
         
  Perlantikan Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri-Negeri adalah tertakluk kepada, Peraturan 96,  Perlembagaan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:
   
  Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri - Perlantikan
  96. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri adalah dilantik oleh Ketua Pengakap Negara atas perakuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara setelah dicadangkan oleh Majlis Pengakap Negeri. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri diberi tauliah yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan mengikut Bahagian III.
   
  Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri-Negeri.
   
  Penetapan terhadap Negeri-Negeri Pengakap adalah tertakluk kepada, Peraturan 91,  Perlembagaan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:
   
  Negeri Pengakap.
  91. Kawasan Negeri berkenaan dengan Pengakap biasanya mengikut sempadan Negeri-Negeri tetapi jika diperlukan Negeri, Bahagian atau Wilayah, Daerah dan Kumpulan yang terlibat, sempadan-sempadan Negeri boleh tubuhkan oleh Ketua Pengakap Negara dengan persetujuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri yang berkenaan setelah berunding dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
   
  Berdasarkan kepada Peraturan 91 tersebut, maka terbentuk Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri-Negeri:
   
 
  1. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor
  2. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah
  3. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kelantan
  4. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka
  5. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan
  6. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pahang
  7. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak
  8. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis
  9. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang
  10. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sabah
  11. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sarawak
  12. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor
  13. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terangganu
  14. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  15. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Wilayah Persekutuan Labuan
  16. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kumpulan Latihan Malaysia/ Institut Pendidikan Guru Malaysia
  17. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia
   


Pautan Sesawang

Hak Cipta Terpelihara © 2009-2024, Faizal bin Abd Rahim


Soalan Lazim Berkenaan Perisytiharan