Navigation
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Tetapan - Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia

Persekutuan Pengakap Malaysia - Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia

  
ilmu.pengakap.org  
   
  Persekutuan Pengakap Malaysia - Organisasi Bahagian atau Wilayah dan Daerah
   
  Majlis-Majlis Pengakap Daerah
 

Perkara 11(3)(e), Perlembagaan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, menetapkan, Ketua Pengakap Negara dalam tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawabnya adalah berkuasa:

           
  11.   (3) (e) Melantik Yang di Pertua Majlis-Majlis Pengakap Negeri dan Daerah. Perlantikan itu adalah untuk dua tahun sahaja bagi tiap-tiap seorang mulai daripada tarikh perlantikan itu dan mereka boleh dilantik semula.
        (f) Menandatangani Sijil Perakuan bagi ahli yang tidak Bertauliah sebagai anggota Majlis Pengakap, Majlis Pengakap Negeri dan Daerah yang dipilih.
           
  Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, dalam tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawabnya adalah berkuasa:
           
  12.   (4) (q) Menyelaras, menggalakkan dan memberi sokongan kepada semua Majlis Pengakap Negeri dan Majlis Pengakap Daerah bagi melaksanakan tujuan-tujuan Persekutuan di dalam dan di luar Persekutuan. Sekiranya perlu, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara boleh mewakilkan tugas-tugasnya kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Negeri.
           
  Kuasa Pendaftaran Majlis.
 
  Penguatkuasaan Kuasa Pendaftaran terhadap Majlis-Majlis Pengakap Daerah adalah dibawah bidang kuasa-kuasa dan tanggungjawab-tanggungjawab Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dimana Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara telah dianggap memberikan kuasanya kepada Ibu Pejabat Pengakap Kebangsaan melalui Perkara 11(4)(m), Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia; dan
   
  11. (4) (m) Memberi kuasa pendaftaran oleh Ibu Pejabat Persekutuan kepada Majlis Pengakap Daerah dan menentukan kawasan bagi Majlis Pengakap Daerah dan memansuhkan Majlis Pengakap Daerah itu daripada pendaftaran
   
  Bersetuju menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawabnya bersama Majlis Pengakap Negara, melalui Perkara 12(3)(n), Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia:
   
  12.   (3) (n) Memberi kuasa pendaftaran oleh Ibu Pejabat Persekutuan di atas Majlis Pengakap Daerah dan menentukan kawasan bagi Majlis Pengakap Daerah dan memansuhkan Majlis Pengakap Daerah itu daripada pendaftaran
   
  Undang-Undang Kecil.
   
  Perjalanan pentadbiran Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia Daerah adalah tertakluk kepada, Peraturan 147, Prosedur, Organisasi dan Peraturan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:
   
  Undang-Undang Kecil
  147.  (1) Majlis Pengakap Bahagian atau Wilayah dan Daerah mesti apabila didaftarkan memakai Undang-Undang Kecil. Tiga salinan contoh Undang-Undang Kecil (Borang HS(b)A) sebagaimana ditunjukkan dalam Lampiran “B” mesti diedarkan, selepas dipersetujukan oleh Pesuruhjaya Bahagian atau Wilayah dan Daerah kepada Setiausaha Majlis Pengakap Negeri, siapa akan, selepas dipersetujukan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, mengedarkannya kepada Ibu Pejabat Persekutuan. Undang-Undang Kecil itu dan sabarang pindaan yang berikut kelak mesti dipersetujukan oleh Ibu Pejabat Persekutuan sebelum ianya berkuatkuasa.
         
      (2) Perubahan-perubahan tempatan atas Undang-Undang Kecil itu tidak akan diluluskan oleh Ibu Pejabat Persekutuan melainkan ada sebab yang baik diberi bagai mengeluarkannya daripada Contoh (Borang HS(b)A).
       
  Pesuruhjaya Pengakap Bahagian atau Wilayah dan Daerah.
           
  Perlantikan Pesuruhjaya Pengakap Bahagian atau Wilayah dan Daerah adalah tertakluk kepada, Peraturan 124,  Perlembagaan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:
   
  Pesuruhjaya Pesuruhjaya Pengakap Bahagian atau Wilayah dan Daerah
  96.   Pesuruhjaya Pengakap Bahagian atau Wilayah, Kawasan dan Daerah adalah dilantik oleh Ibu Pejabat Persekutuan atas cadangan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri sebagaimana dalam Peraturan 63 dan 63(a).
   
  Persekutuan Pengakap Malaysia Bahagian atau Wilayah, Kawasan dan Daerah.
   
  Penetapan terhadap keluasan dan sempadan Daerah-Daerah Pengakap adalah tertakluk kepada, Peraturan 122,  Perlembagaan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 
   
  Keluasan dan Sempadan.
  122. (1) Keluasan dan sempadan-sempadannya ditentukan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dengan berunding dengan Ibu Pejabat Persekutuan.
   


Pautan Sesawang

Hak Cipta Terpelihara © 2009-2024, Faizal bin Abd Rahim


Soalan Lazim Berkenaan Perisytiharan