Navigation
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Tetapan - Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia

Persekutuan Pengakap Malaysia - Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia

  
ilmu.pengakap.org  
   
  Persekutuan Pengakap Malaysia - Organisasi Kumpulan
   
  Majlis Kumpulan Pengakap
 

Perkara 201, Prosedur, Organisasi dan Peraturan, Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, menetapkan:

         
  201. (1) Di mana Kumpulan itu mengandungi dua atau lebih unit, Pemimpinunit itu hendaklah selalu berjumpa bagi membincangkan perkara-perkara yang mengenai Kumpulannya. Perjumpaan seperti itu dipanggil “Majlis Kumpulan”.
    (2) Pemimpin Kumpulan adalah menjadi Pengerusi Majlis Kumpulan itu.
         
  Kuasa Pendaftaran Kumpulan.
   
 
Penguatkuasaan Kuasa Pendaftaran terhadap Kumpulan Pengakap adalah dibawah bidang kuasa-kuasa dan tanggungjawab-tanggungjawab Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dimana Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara telah dianggap memberikan kuasanya kepada Ibu Pejabat Pengakap Kebangsaan melalui Perkara 11(4)(n), Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia; dan
  11. (4) (n) Memberi kuasa pendaftaran oleh Ibu Pejabat Persekutuan kepada semua Kumpulan Pengakap dan memansuhkan Kumpulan itu daripada pendaftaran.
         
  Bersetuju menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawabnya bersama Majlis Pengakap Negara, melalui Perkara 12(3)(o), Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia:
         
   12. (3)   (o) Memberi kuasa pendaftaran oleh Ibu Pejabat Persekutuan di atas semua Kumpulan Pengakap dan memansuhkan Kumpulan-Kumpulan itu daripada pendaftaran
         
  Pemimpin Kumpulan pengakap.
   
  Perlantikan Pemimpin Kumpulan Pengakap adalah tertakluk kepada, Peraturan 169; Prosedur, Organisasi dan Peraturan, Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:
   
  Pemimpin Kumpulan
 
169. (1) Apabila sebuah Kumpulan mengandungi lebih dari satu cawangan, maka adalah dikehendaki seorang yang tidak menjaga satu-satu cawangan dilantik sebagai Pemimpin Kumpulan. Dalam hal yang demikian, satu tauliah sebagai Pemimpin Kumpulan bagaimana dalam Bahagian III mestilah dipohonkan atas perakuan Majlis Pengakap Daerah dan Pesuruhjaya Daerah.
   
  Penubuhan Kumpulan.
   
  Penubuhan Kumpulan Pengakap adalah tertakluk kepada, Peraturan 177, Prosedur, Organisasi dan Peraturan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:
   
  Penubuhan
  177. Langkah-langkah bagi menubuhkan satu Kumpulan baru tidak boleh diambil melainkan telah mendapat kebenaran sementara daripada Majlis Pengakap Daerah dan Pesuruhjaya Daerah.
     
  Pendaftaran Kumpulan.
     
  Pendaftaran Kumpulan Pengakap adalah tertakluk kepada, Peraturan 178, Prosedur, Organisasi dan Peraturan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:
     
  Pendaftaran
  178. Semua Kumpulan mesti didaftarkan di Ibu Pejabat Persekutuan, dan diakui sebagai unit-unit Persekutuan Pengakap dalam masa ianya berdaftar. Ahli-ahli Kumpulan yang tidak didaftarkan yang memakai lencana-lencana atau dengan apa cara pun mengenalkan diri mereka sebagai ahli-ahli Persekutuan boleh didakwa mengikut peraturan-peraturan dalam Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia.
     
  Pendaftaran kumpulan Pengakap adalah terbahagi kepada jenis pendaftaran yang tertakluk kepada, Peraturan 179 dan 193, Prosedur, Organisasi dan Peraturan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:
     
  Pendaftaran Kumpulan-Kumpulan Yang Dianjur
  179. (1) Bahan-bahan yang berikut, bersama-sama dengan yang lain-lain yang mungkin dari semasa ke semasa diluluskan bagi tujuan itu oleh Ibu Pejabat Persekutuan adalah berhak memohon pendaftaran khas bagi Kumpulan-Kumpulan yang ditubuhkannya:-
        Gereja-gereja dari sebarang mazhab, Universiti-Universiti, Maktab-Maktab dan Sekolah-Sekolah (lihat Peraturan 212), Hospital-Hospital dan Institusi-Institusi, Y.M.C.A., Toc H, Masjid, Surau, Kuil, agensi-agensi kerajaan dan kumpulan-kumpulan lain.
         
    Kuasa Penganjur
    (2) Kumpulan-Kumpulan yang didaftarkan sedemikian adalah dikenal sebagai Kumpulan-Kumpulan “dianjur” berlainan daripada Kumpulan-Kumpulan “terbuka”, dan orang atau Jawatankuasa yang dilantik oleh badan yang berkenaan bagi menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan Kumpulan-Kumpulan itu adalah dikenal sebagai “Kuasa Penganjur”.
     
  Pendaftaran Kumpulan Terbuka
  193. Di mana oleh sebab-sebab yang luar biasa satu Kumpulan tidak boleh dimasukkan dengan mudahnya dalam kawasan sebarang Majlis Pengakap Daerah, ia boleh didaftarkan sebagai Kumpulan Terbuka atas perakuan Pesuruhjaya Daerah yang akan bertindak bersendirian dalam semua perkara mengenai Kumpulan itu mengikut bagaimana Peraturan 151.
   


Pautan Sesawang

Hak Cipta Terpelihara © 2009-2024, Faizal bin Abd Rahim


Soalan Lazim Berkenaan Perisytiharan