Persekutuan Pengakap Malaysia - Akta Persekutuan Pengakap Malaysia.
Persekutuan Pengakap Malaysia (Scouts Association of Malaysia) adalah merupakan satu badan berpakaian seragam yang telah ditubuh dan dikawal selia secara langsung oleh:
Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016).
Matlamat Perbadanan.
Matlamat Perbadanan Persekutuan telah dinyatakan di dalam seksyen 4; Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (semakan 2016):
4.
Matlamat Perbadanan adalah:
(a)
untuk mengadakan satu organisasi yang terbuka untuk semua Pengakap di Malaysia bagi membolehkan mereka melaksanakan tujuan dan maksud Perbadanan yang dinyatakan di dalam seksyen 5; dan
(b)
untuk melakukan semua benda lain yang disifatkan oleh Perbadanan atau Majlisnya sebagai bersampingan dan berfaedah bagi mencapai matlamat sedemikian.
Tujuan dan Maksud-Maksud Perbadanan.
Tujuan dan Maksud-Maksud Perbadanan Persekutuan telah dinyatakan di dalam seksyen 5; Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (semakan 2016):
5.
(1)
Tujuan Perbadanan adalah untuk membangunkan warganegara yang baik dalam kalangan kanak-kanak lelaki dengan membentuk perwatakan mereka dan untuk mencapai maksud ini dengan :
melatih mereka mengenai tabiat kepatuhan dan berdikari;
menanam sifat kesetiaan dan timbang rasa terhadap orang lain;
mengajar mereka perkhidmatan yang berguna untuk orang awam dan pertukangan tangan yang berguna untuk mereka sendiri; dan
menggalakkan perkembangan jasmani, mental dan kerohanian mereka.
(2)
Prinsip dan amalan Perbadanan hendaklah berdasarkan kepada Ikrar Pengakap dan Undang-Undang Pegakap dan apa-apa prinsip dan amalan lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kaedah-Kaedah Perbadanan
Susunan Seksyen Akta Parlimen.
Susunan Seksyen-Seksyen di dalam Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (semakan 2016) adalah seperti berikut:
1.
Tajuk Ringkas dan Pemakaian.
2.
Tafsiran.
3.
Pemerbadanan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia.
4.
Matlamat Perbadanan.
5.
Tujuan dan Maksud Perbadanan.
6.
Majlis.
7.
Meterai Perbadanan.
8.
Daftar Ahli.
9.
Kaedah-Kaedah dan Undang-Undang Kecil.
10.
Memindah hakmilik harta dan liabiliti, dsb.
11.
Penggunaan pendapatan dan harta.
12.
Sekatan mengenai penjualan lencana, dsb., Persekutuan.
13.
Pemilikan dan sekatan mengenai penggunaan lencana.