Persekutuan Pengakap Malaysia -Pentadbiran Persekutuan
Akta: Persekutuan Pengakap Malaysia.
Sebelum diperbadankan dibawah Akta Parlimen No. 38 : Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1968; Persekutuan Pengakap Malaysia telah terlebih dahulu ditadbir secara berasingan dibawah akta yang berbeza:
1.
Ordinance Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu
2.
Ordinance Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sabah
3.
Ordinance Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sarawak
Akta No. 38: Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1968.
Persetujuan di Raja telah diterima pada 8 hb. November 1968.
Akta ini memperbadankan Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Persekutuan Budak-Budak Pengakap di Sabah dan Sarawak menjadi satu pertubuhan yang diperbadankan dibawah satu nama, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia.
Akta ini telah memansuhkan:
1.
Ordinance Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu
2.
Ordinance Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sabah
3.
Ordinance Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sarawak
Akta No. 143: Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, 1974.
Persetujuan di Raja diterima pada 30 hb.Julai 1974.
Akta ini telah menukar nama Persekutuan, dari Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia kepada Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia.
Akta ini turut memperuntukan penalti bagi mana-mana kesalahan yang diperuntukan didalamnya:
"Penalti
13A.
Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan."
Akta No. 409: Akta (Permerbadanan) Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1968 (Semakan), 1989.
Persetujuan di Raja diterima pada14 hb.Disember 1989.
Akta ini menyemak dan mengemaskinikan:
1.
Segala pindaan yang dilakukan dalam Akta Parlimen No. 143: Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, 1974
2.
Segala pindaan yang dilakukan dalam Seksyen:
3.
Akta Parlimen No. 143: Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, 1974
13A.
Akta Parlimen No. 143: Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, 1974
Akta No. 784: Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016).
Tarikh yang ditetapkan mula berkuatkuasanya edisi semakan ini menurut perengan 6(1)(xxiii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1] pada 17 hb. November 2016.
Akta ini telah meminda:
1.
Akta Parlimen No. 143: Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, 1974
1.
Mukadimah;
2.
Seksyen 1;
3.
Seksyen 2;
4.
Seksyen 3; dan
5.
Seksyen 13A.