Pengakap ni, jangan le halang dia orang nak campfire... kau orang, tak nak dengar... tak peduli!... haa, sekarang.... tengok sendiri ler...
Tak dapat campfire... pesta air, dia orang lepaskan perasaan perasan!
Ambiiik, kau!!!...
Dan; kalau iye pun... anda ingin jeritkan, "Apa kejadahnya semua ini?"
Relax, dulu kawan... aku, nak cakap:
Agak-agak, betul ker si mamat tu dengan sekawan dia, ahli Pengakap? berdaftar?: Huh! kalau setakat baju Pengakap, berlambak mamat bangla kat Cheras (tempat office aku), pakai baju tu... yang lawak, tu... pakai hari rabu, lagi... ni, kat sini ni, hari ini... kg Sasak, Ulu Tembeling (nama asal Kampung Gusai), mamat tukang buat chelet baru, belum siap lagi ni, haa... pun pakai baju Pengakap, yang serupa
.. walhasil, Pengakap di mana-mana... gerek, seh...;
Kalau, Pengakap plak... Pengakap memang macam tu, ke?: Hah! yang ini, akuI surrender, ibarat kata-kata group rock Rainbow, "I surrender, I surrender, I'm giving up the role of pretender"... tak boleh jawab... sebab, kekadang tu... aku pun masuk air jugak!; dan
Kalau yer pun, Pengakap... aku nak kata... agak-agak ler kalau nak mabuk... simpan-simpan ler sikit, rasa tak berapa nak malu, tu... sorokkan ler... untuk sesorang! Ini, secara implicitnya, itu telah mencoreng arang di muka Pengakap! kan? (nak jahat sesorang je ler... nak baik, berjemaah... kan?) Nak berhibur selebele, bukan budaya kita!
Namun, apa yang boleh saya usaha untuk tegakkan benang yang telah pun basah, selepas pesta air Bukit Bintang itu, adalah...
Semuanya, adalah berkisar tentang bulan sahsiah dan perwatakan.
Ikhtiar membina seorang insan, bukannya mudah... tidak semudah, seperti yang dikata...
Pengakap, yang memilahkan dirinya sebagai satu pergerakan yang terkelompok dalam pergerakan pendidikan luar bilik darjah, mencurahkan segala daya usahanya untuk membina sahsiah dan perwawatakan keperibadian seorang Pengakap.
Pengakap; bukan pertubuhan yang sahaja-sahaja ditubuhkan setakat untuk mengisi ruang masa senggang sesorang individu dalam memadatkan julat kehidupannya agar kelihatan seolah-olah hidup bagaikan insan yang bermanfaat.
Itu, bukan tujuan dan maksud, Pengakap diasas wujudkan!
Pengakap, bukan sahaja perlu mulia baik; malah mesti kelihatan mulia baik... kalaupun gagal untuk kamil.
Dan;
Kalau itu pun, kita gagal untuk peragakan kepada masyarakat, lalu itu janganlah kita terkesima atas anggapan andaian watan , Pengakap dan pertubuhan lain setara bagaikan pinang dibelah dua... sama sahaja...
Nafikan? Saya senyum sahaja...
Kalau, Pengakap pun enggan untuk berpengakap, itu apa ertinya... Pengakap, tidak hanya cukup dengan kata dakwa sahaja... itu, bukan gerak gaya kepengkapan kita...Paterikan dalam perwatakkan... Beri erti kepada kepengakapan, kita. Dan; Kepengakapan adalah gerak gaya tingkah denyut nadi nafas kehidupan.
Dan, dari itu, derap kita bermula!.
Nak mula, macam mana?... Huh!... faham pun tidak!
Aduh... susah nak ceritory ni, adik manis... abang kumis... nak cakap banyak-banyak, takut terbebel pula... bila terbebel, nanti... tak rereti nak tarik hand brake...
Macam ini, ler... saya beri kerja rumah... baca dan faham kan dulu sekurang-kurangnya panduan berikut di bawah ini... nanti soalan pertengahan semester, semuanya dari catatan maklumat yang berintipati darinya, jua...
1.
Untuk gambaran keseluruhan Pergerakan Pengakap Sedunia:
Constitution of the WOSM
World Scout Conference Resolutions
2.
Untuk Kepengakapan di Malaysia:
Undang-undang Malaysia Akta 784
POR Persekutuan Pengakap Malaysia
3.
Untuk pengetahuan am:
Scouting for boys
Paddle your own canoe
Rovering to Success
Playing the Game
Aids to Scoutmastership
Mana nak cari? huh! pengakap kot...
Tak kan ler setakat tau curi ayam, jer... sesekali... rereti ler, curi pengetahuan! banyak, jalannya... ilmu suluh, penerang jalan kehidupan... cuma... tolong pastikan, arahnya... kerjakan biar murni.
Hadamkan...
Pengakap ini, secara amnya adalah diolah dalam bentuk sains teknikal; dan diserlah dengan resam dunia kesenian... gerak gayanya, mempesona serta mengkhayalkan... mengoda diri...
Gitu...
Untuk kesekian kalinya, aku nyatakan...
Kita datang ini, satu roh satu jasad... bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat.
Sementara itu...
Saya, orang... dan istera saya, yang juga merupakan seorang, orang; kita orang... merayap sepekan di Taman Negara Kuala Sat.
Terima kasih.
Faizal bin Abd Rahim. Jumaat, 8 hb. Mei 2026, 08:00, Pahang: Ulu Tembeling; Taman Negara Kuala Sat.
Lagu
Anak-anak Kita
Artist
Mohamad Nasir bin Mohamed
Muzik
Mohamad Nasir bin Mohamed
Lirik:
Mohamad Nasir bin Mohamed
Huh! bukan apa-apa pun...
Sibuk, gerak kerja... berbikepacking, berbackpacking, bercamping... semestinya, solo!
Tapi kini, tengah lepaking kat Taman Negara Kuala Sat... berdua dengan, sidia... isteri tercinta.
Datang ler, kalau nak joint...
Kalau ditanya, banyaknya waktu senggang?
Ini jawabannya:
Diberi nama dan juga harga, serta darjat; bersandar tempat, dimana ianya dirempat!
"This reminds me of a story! Long before your time, in the Southern province of China...".
Moral of the story...
Hargai diri anda sendiri! letak nilai... dan tempatkan ianya, dimana ianya dihargai!