Jangan kata, aku tak datang, haa... aku hadir sebagai peliwat pelawat... lepak kat Chalet Merbau. Tapi... aku takder ler ronda-ronda jaket biru... Namun, sempat tengok MOU PPM dan Pramuka; sempat menyelinap ke jamuan PPM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur... Ha, ha, ha...
Dapat ler sehelai skaf, ihsan dari KPPN... terima kasih, boss... takde ler balik tangan kosong!
Tapi, actually... aku borong ler juga, cenderamata yang mencederakan poket aku... biasak ler, Pengakap... bukan kau orang tak tahu... tengok ini, pilih sekali dengan yang itu... beli yang ini; tak kan ler yang ini saje, sekali ler dengan yang itu... last-last, sampai rumah, sorokkan dari isteri... Bukan takut dia marah, cuma... umh! macam tak ingat dunia banyak gamaknya...
Hujan, biasa ler...
Ibarat kata-kata aku ngan isteri... Pengakap ni, camping memang cari bomoh, panggil hujan! Kalau tidak, tak ler dia orang sesajer pilih, musim tengkujuh untuk anjur Jambori Malaysia! kan?.. kau orang pun perasan, kot... bukan sekali, dua...
Apa? musim lain, takde ker?
Done, ceritory pasal Jambori Malaysia 2024:Jambori Keamanan IUMS ke 8.
Khalas... full stop.
Faizal bin Abd Rahim. Rabu, 25 hb. Disember 2024, 00:00, Negeri Sembilan: Astana Raja; Omel Lang Cottage.
*
Hari untuk pergi berkhemah dalam hutan simpan. Lama ke?... Tak juga, sehingga 01.01.2025 jer!
Ada perasaan terpendam, yang sukar untuk diluahkan.
*
Sabtu, 22 hb. Februari 2025, 00:00
Yang ini, baru masuk isi hati berita... Yang kat atas tu, gezek ceriter...
Orang Pengakap ni, kekadang saya naik heran... hampir 50 tahun saya Pengakap, 50 tahun tu juga ler, saya hadap orang Pengakap yang berbagai wajah... baik dari peringkat atasan, Ketua Pengakap Negara nya... membawa ler kepada, juak-juak bawahannya...
Dedulu (masih dalam berpangkat, walaupun rendah) acapkali juga, saya tegur... orang atasan Pengakap (kayangan), jangan ler kita buat benda alah yang salah seolah-olah ianya betul... kerana nanti ianya menjadi satu amalan yang menjadikan, ianya biasa (kebiasaan) dan akhirnya amalan tersebut dianggap betul oleh Pengakap marhaen sekeliannya... dan seterusnya menjadi satu contoh ikutan... seolah-olah ianya adalah satu amalan yang dibenarkan!.
Jangan bertindak melangkaui, kuasa yang diperuntukkan...
Sini, saya nak juga cakap... yang faham, faham ler... yang tak faham... bertanya-tanyalah kepada Pengakap yang faham!.
1.
Sesuatu perkara yang belum disah luluskan oleh Majlis Pengakap Negara, jangan digunapakai... jangan guna alasan untuk membiasakan amalan dan perbuatan tersebut; dan berharap ianya akhirnya menjadi ikutan Persekutuan secara de facto.
Kalau pun, kuasa ditangan anda... sabar, tunggu dan ikut peraturan... jangan lakukan sewenang-wenangnya. Peraturan perlu dipatuhi oleh semua... bukan dikuatkuasakan hanya pada sebahagian dan dikecualikan pada sebahagian yang tertentu yang lain.
Jangan membuat keputusan; untuk melakukan tindakan ataupun untuk tidak melakukan tindakan, mengikut kemahuan. Itu bukan amalan terbaik dalam pentadbiran!.
Jangan anda ingat, saya kami Pengakap Marhaen tidak perasan!
2.
Apabila anda diberikan tugasan dan hak untuk bertindak, bertindak dengan sewajarnya.
Jangan sesekali melangkaui kuasa yang telah diperuntukkan dalam ruang lingkup yang ditetapkan.
Jawatankuasa, beri saranan... bukannya membuat keputusan merubah segalanya mengikut telunjuk individu Pengakap perseorangan (tidak mengira siapa pun jua dan jawatan yang disandang olehnya).
Contohnya:
Apabila anda diarah mengkaji tentang pakaian seragam... berikan saranan terhadap pakaian seragam... bukannya mengikut resa perut anda, mengubah sekali Lambang Persekutuan!... (resa perut kami Pengakap sekelian kenapa dikesampingkan).
Kalau saya, dari berseragam seakan-akan KRS... baik masuk PKBM... puas hati.
Contoh... bukan marah.
Saranan bodoh Pengakap marhaen seperti saya, yang perlu diperkemaskan adalah skim Kepengakapan kita, tu (yang sebenarnya, telah dijadikan contoh rujukan dan diserapkan dalam skim (walaupun tidak diperakui kebenarannya (open secret)) oleh pasukan seragam lainnya!).
Apakah Pengakap... mengalami sindrom krisis kecelaruan minda?
3.
Saya, jika tidak pun sekelian Pengakap marhaen berdaftar dengan Persekutuan....
Merasakan agak kehairan-hairanan...
Apa perlunya, Lambang Persekutuan kita, di ubah?...
Jika diambil contoh pertukaran pakaian seragam oleh Polis dan Tentera dan sebagainya, adakah lambang pergerakan diubah sama?... tidak... kan? Malah ianya dipertahankan!.
Lambang Persekutuan, satu entiti yang pernah dipertahankan bersama NSO-NSO (National Scout Organisation) yang terbabit dalam Pergerakan Pengakap, untuk kekal mengguna pakai lambang sendiri apabila diarahkan berubah untuk mengguna pakai Lambang WOSM; akhirnya diubah tanpa apa-apa keperluan mendesak oleh Persekutuan (untuk makluman, logo NSO yang baru berdaftar selepas peristiwa itu, diwajibkan mengguna pakai logo WOSM sebagai lambang NSO berkenaan).
Kewajaran?
Dan jika pun ada alasan tinjauan telah pun dilakukan, adakah tinjauan tersebut tidak cacat bentuknya apabila perihal sepenting ini dan melibatkan keseluruhan kepentingan Persekutuan hanya diambil melalui cara tindakan yang dianggap, cela, dalam dunia penyelidikan?
Ini; sekadar satu pertanyaan.
4.
Jika ada pun, alasan yang dikenakan oleh pihak atasan Pengakap yang dianggap sempurna oleh kalian...
Sila keluarkan satu sebaran arahan pematuhan dari Ibu Pejabat Persekutuan kepada ahli-ahli Persekutuan, dengan butiran lengkap terhadap perihal yang dibicarakan untuk pematuhan oleh Pengakap Persekutuan sekelian.
Jangan biarkan, saya kalau pun tidak Pengakap sekalian, tertanya-tanya menanti jawaban dan kepastian.
Arahan, mesti dikeluarkan secara tuntas terperinci lengkap bentuk keadaannya; bukannya secara arahan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian keadaan dalam menutup satu kepincangan.
Akhirnya... saya, walaupun dalam keengganan... tetap akur memperakui kuasa yang anda pihak atasan miliki dalam mempergunakannya untuk mewajarkan tindakan kuatkuasa pelaksanaan.
Cuma, dalam melakukan sesuatu perubahan peraturan, sila ikut peraturan.
Huh! ... whatever you want, ler... Over to you...
Terima kasih.
Faizal bin Abd Rahim. Rabu, 26 hb. Februari 2025, 21:30, Kuala Lumpur: Cheras; Taman Desa Cheras.
*
P/S
:
Lagu
:
Berbagai wajah.
Artis
:
Search.
Muzik
:
Mohamad Nasir bin Mohamed.
Lirik
:
Syed Mohd Amin Syed Hashim.
Tika melepax bersama isteri tercinta:
Saya
:
Siarkan aje ler, berita... (selepas beberapa hari, sengaja ditangguhkan... bukan senang untuk meluahkan perasan perasaan terhadap Persekutuan)
Isteri
:
Takut?
Saya
:
Takut? apa hendak ditakutkan... hampir, 50 tahun dah dalam dunia kepengakapan...
Dalam Pengakap, ini... saya telah jemu, menyaksikan bermacam-macam aksi peristiwa dilakukan oleh berbagai wajah pengakap yang tidak jemu-jemu melakonkan peranan.
Jawatan... Kuasa sementara dan ianya hanyalah sekecil cengkaman yang mengkhayalkan diri pelakon karya pentas panggung Kepengakapan.
Itu, lumrah... apa, nak heran... Paling, tinggi... kena buang...
Boleh mohon Rela, bajunya pun... seakan-akan tentera, gitu!.