Navigation
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Persekutuan Pengakap Malaysia - Pentadbiran

Persekutuan Pengakap Malaysia -Pentadbiran Persekutuan

  
ilmu.pengakap.org  
   
 
Akta: Persekutuan Pengakap Malaysia.
  Sebelum diperbadankan dibawah Akta Parlimen No. 38 : Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1968; Persekutuan Pengakap Malaysia telah terlebih dahulu ditadbir secara berasingan dibawah akta yang berbeza:

 

  1. Ordinance Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu
  2. Ordinance Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sabah
  3. Ordinance Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sarawak
   
 
  Akta No. 38: Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1968.
     
    Persetujuan di Raja telah diterima pada 8 hb. November 1968.

Akta ini memperbadankan Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Persekutuan Budak-Budak Pengakap di Sabah dan Sarawak menjadi satu pertubuhan yang diperbadankan dibawah satu nama, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia.

     
    Akta ini telah memansuhkan:
  1. Ordinance Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu
  2. Ordinance Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sabah
  3. Ordinance Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sarawak
   
 
  Akta No. 143: Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, 1974.
     
    Persetujuan di Raja diterima pada 30 hb.Julai 1974.

Akta ini telah menukar nama Persekutuan, dari Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia kepada Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia.

   

 

    Akta ini turut memperuntukan penalti bagi mana-mana kesalahan yang diperuntukan didalamnya:
  "Penalti
  13A. Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan."
   
 
  Akta No. 409: Akta (Permerbadanan) Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1968 (Semakan), 1989.
     
   

Persetujuan di Raja diterima pada14 hb.Disember 1989.

Akta ini menyemak dan mengemaskinikan:
  1. Segala pindaan yang dilakukan dalam Akta Parlimen No. 143: Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, 1974
  2. Segala pindaan yang dilakukan dalam Seksyen:
  3. Akta Parlimen No. 143: Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, 1974
  13A. Akta Parlimen No. 143: Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, 1974

   
 
  Akta No. 784: Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016).
     
    Tarikh yang ditetapkan mula berkuatkuasanya edisi semakan ini menurut perengan 6(1)(xxiii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1] pada 17 hb. November 2016.
     
   
Akta ini telah meminda:
  1. Akta Parlimen No. 143: Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, 1974
 
1. Mukadimah;
2. Seksyen 1;
3. Seksyen 2;
4. Seksyen 3; dan
5. Seksyen 13A.
     
   
Akta ini telah memansuhkan:
  1. Akta No. 409: Akta (Permerbadanan) Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1968 (Semakan), 1989.
  2. Akta No. 38: Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1968.
     
   



Pautan Sesawang

Hak Cipta Terpelihara © 2009-2025, Faizal bin Abd Rahim


Soalan Lazim Berkenaan Perisytiharan