 |
|
Ha, ha, ha... class tak, tajuk tu...
Now, I tanya you all , ... siapa yang tak nak menjawat jawatan, apatah lagi jika jawatan itu dinisbahkan sebagai jawatan utama dalam sesuatu pertubuhan... glamour siut... ramai orang, akan tetiba, tup-tup... mengaku sedara, ngaku kawan.... kalau dulu, anda minum sesorang, sekarang... anda tetap sesorang juga, tapi, tapi, tapi... yang tak bestnya... kena bayar untuk ramai orang. Entah, dari ceruk Tok Kun, celah bedah mana ntah, datangnya... hadap jer lah.
Masalahnya...
Ana, "naik pangkat... Hooray!. ""Tahniah!... tapi, boleh ke anta, buat kerja?". "I know he can get the job, but can he do the job?". Ingat tak, lagi... omelan saya dalam, Can I advise you something?, Isnin, 22 hb. Februari 2021. Ataupun, "you all pun, macam satu bangsa tu... yang dituduh mudah lupa?.
Now, ingat benda alah ni...
Kejayaan, masa lalu... adalah artifact semata-mata dan humbankan dia ke dalam muzium Negara peribadi, anda...
Anda tidak akan sentiasa berjaya. Apa!, anda ingat... anda JDT?
|
 |
|
The Peter Principle. |
Nampak?, jelas?... self-explanation, kan?
Sebab itu, ler...
Dalam setiap pengambaran, perfileman... walau siapa pun anda... nak berlakon? sila hadirkan diri anda, ke screen test, yer sayang... anda, terkenal... hebat... pemenang anugerah, berbagai-bagai; tapi... watak itu, belum tentu anda punya... ramai lagi yang layak...
So, kalau ngak secocok, tidak sesuai; makanya,tak dapat... jangan, koyak!...
Saya ulang.... sebab itu, ler... dalam giat ikhtiar Orang dewasa dalam Kepengakapan; keperluan padanan tugasan (keperluan jawatan) dan pelakunya (ketersediaan pengetahuan), mesti dilakukan, dilaksanakan... tuntas.
Saya ulang....
|
... Apabila engkau berjumpa Dengan seorang dara Yang terlalu banyak meminta Tiada menimbang rasa
Jangan dimanja atau dipandang Walaupun hanya sebelah mata
Jangan tunggu lama-lama Nanti lama-lama dia makin menyiksa Jangan tunggu lama-lama Nanti lama-lama dia makin menyiksa ... |
|
Sweet Charity: Jangan tunggu lama-lama. |
Haa... jangan tungu lama-lama... pecat sajer. Apahal, pasal dia... Persekutuan nak tersiksa, merana... kan?
Tapi, tapi, tapi... saya, "janji... saya, akan berubah! sumpah makan sate 30 cucuk!"
Berubah?... berapa lama, kawan?... waktu kau belum sempat berubah... Persekutuan dah jahanam... You, ingat, berubah ni mudah; macam cicah sate yang kau makan sesorang tu ke kuah sate, ker? ambil masa, tu... siut, kot?
Kan?...
Lagi, satu... waktu makan sate... sila berjemaah, okay!. Jangan kenyang, sesorang... (maksud tersirat ayat ini; waktu anda bersenang lenang dengan jawatan, sila kongsikan kemewahan jawatan itu, bersama pasukan, please... (maksud yang lagi tersirat dari tersirat, ini...; jangan bagi pingat pada anda seseorang dan orang yang tiada kena mengena dengan pasukan anda, pun... menggunakan peruntukan yang sepatutnya, untuk diberi kepada ahli pasukan, anda... ahli pasukan yang tahu, nganga?... hasil kerja diguna, tapi... penghargaan, orang lain dapat... apa ceriter?))
Sekian...
|
 |
|
The transition process |
Haa, ingat senang nak berubah?
Macam, cecakap... kalau tak berjaya sekali, cuba lagi... Gitu?... Pergh!... I would like to tanya, "berapa kali nak gagal, baru nak berjaya?
Ha, ha, ha... macam sketsa, diatas... tu ker?
Mahu, terencat semangat... yer lah, anda bayangkan...
Bila Pasukan Latihan Negara, laksanakan CLT atau pun CALT... berduyun peserta datang dari calon-calon yang diangggap terpilih, dengan perasaan perasan: saya adalah Jurulatih atau Penolong Jurulatih yang selama ini, Persekutuan impikan... Tapi, bila tamat tempoh sah kursus... semua tidak lulus (dalam keadaan melampau).
Tak ke haru dibuatnya.
Mahu, cemas Pasukan Latihan Negara: KPI... ROI... semua ke laut!. Apa alasan nak diberi kepada para Pemegang Taruh: Persekutuan... Ahli Pengakap... Bahagian Program... Bahagian Dewasa dalam Kepengakapan... dan bahagian-bahagian lainnya.
Uish!, tak akan, kot...
Anda yakin? anda, pasti?... anda, ingat: semua yang menyertai kurus CLT atau CALT, dapat mencapai hasrat Pasukan Latihan Negara; menjadi Jurulatih atau Penolong Jurulatih?
Huh!, teruja sungguh saya dengan tahap keyakinan anda, itu...
Bang, kegagalan; memang menyakitkan... tapi ianya tidak hadir tanpa disengajakan: Ianya ada petanda, ada perkiraan dan ada langkah-langkah untuk menidakkannya; melainkan, sememangnya kegagalan itu, adalah sesuatu yang dirancangkan... "yer lah, tiada sebarang kesan kepada diri saya", kata anda... (pergi kursus, pun dibiaya... duit PPM Negeri; yuran, elaun perjalan... macam-macam, lagi)
Bagaimana? macam tu, ker?
Dalam, Kepengakapan... jaga, maruah peribadi diri anda, sendiri. Jika merasakan, layak... sila buktikan. Jika, tidak... sila ke tepi, beri peluang ke pada ahli dewasa lain, membuktikan keupayaan mereka... Pengakap, bukan milik anda, seorang... anda bertanggungjawab kepada para pemegang taruh dan didalamnya;termasuklah kepada diri anda sendiri.
Faham! kalau anda, tidak hormat diri anda sendiri... anda, ingat dan mengharapkan insan lain, hormat anda?. Huh! walaupun ianya, percuma; Jangan berangan, bermimpi!
Haa, haa, haa...
Terima kasih.
|