Navigation
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Panduan permulaan berpengakap (tenderfoot).
 
ilmu.pengakap.org
 
Pengakap:

graphic : /lencana/PR/PR-Badge.png
 
Orang Dewasa dalam Berpengakap:
  library: /graphic/PPM/AIS/4 beads.png
   

Anda tergolong, dalam kelompok yang mana satu?... Orang Dewasa Dalam Berpengakap? atau... Pengakap?

Katakanlah apa sahaja... hanya pengikhtirafan di atas itu sahaja yang menjadi penanda aras dunia kepengakapan anda... tiada yang lain, maaf! Bukan menidakkan yang lain... cuma, kadang kala, kebenaran memang menyakitkan.

Salahkan semua... Pemimpin anda... Jurulatih anda... tapi, jangan diri anda! (kerana, tidak pernah dinyatakan perkara sebegini). Nah! sekarang, jangan sesekali menyalahkan saya, kerana saya telah memberitahu kepada anda, hakikat sebenar berpengakap.

Bermulanya dari... waktu ini, telah menjadi satu tanggungjawab kewajiban kepada diri anda sendiri, untuk meletakkan taraf kepengakapan anda pada kedudukan tersebut... Terlepas menjadi seorang Pengakap Raja, jangan ditangiskan... bukan direzekikan untuk anda.

Tapi... hidup ini satu perlumbaan marathon, bukannya perlumbaan 100 meter. Apabila anda melangkah ke alam Orang Dewasa Dalam Berpengakap... anda bertanggung jawab dengan sepenuhnya terhadap dunia kepengakapan anda sendiri, tiada siapa yang boleh dipersalahkan lagi.

Jangan sekali-kali, memalukan B.P. (orang telah menjerumuskan kamu ke dunia kepengakapan).

Dengan maruah diri saya (On my honour) atau... seperti yang sering dilafazkan, dengan seberapa daya upaya saya... Tolonglah diri anda sendiri, terlebih dahulu... sebelum anda, menolong orang pada setiap masa... kerana hanya anda sendiri yang menentukan ke arah mana dunia kepengakapan anda, ingin anda bawa... menjadi seorang Pengakap yang setakat biasa-biasa sahaja... atau menjadi Pengakap yang berada pada kebitaraannya yang tersendiri!.

Berpengakaplah dengan cara yang sepatutnya ianya dilakukan; iatu... menjadi yang terbaik dikalangan yang baik-baik!

 

Yang ikhlas.


portal : mohor.png

Faizal bin Abd Rahim.
Khamis, 24 hb. Januari 2019, 12:00, Kuala Lumpur: Cheras; Taman Desa Cheras.

     
* P/S : Berita yang tidak disiarkan pada hari Rabu, kerana memang sengaja dilakukan begitu.

Hidup ini, jikalau terlalu rutin... bosan jadinya!

     


Pautan Sesawang

Hak Cipta Terpelihara © 2009-2025, Faizal bin Abd Rahim


Soalan Lazim Berkenaan Perisytiharan