Navigation
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
pprm.pengakap.org
 
ilmu.pengakap.org  

News Images: pprm-origin-banner.jpg

Masih ingat lagi?... halaman sesawang pprm.pengakap.org.


pprm.pengakap.org News Images: pprm-banner.jpg
 
  News Images: pprm-footer.jpg

Halaman sesawang Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia yang diwujudkan dengan penghantaran berita pertamanya berjudul, Awal Mula Pertama Mula, pada 16 hb.Januari 2012.

* Awal Mula Pertama Mula.
   

Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia mengambil inisiatif membangunkan sebuah halaman sesawang Persaudaraan untuk menjadi wadah penyatuan dan penyemarak semangat Pengakap di kalangan ahli Persaudaraan di pelbagai peringkat Persekutuan.

Iltizam Persaudaraan agar halaman sesawang yang dibangunkan ini bakal menjadi pusat sehenti rujukan Kepengakapan dikalangan ahli Persekutuan amnya dan ahli Persaudaraan khasnya.

Untuk menjayakan matlamat di atas, sokongan penglibatan secara aktif di kalangan ahli Persaudaraan di dalam halaman sesawang adalah amat dialu-alukan dan menjadi teras utama untuk mempertingkatkan lagi tahap pencapaian Pengakap melalui aktiviti-aktiviti; perbincangan secara terbuka dan beretika, perkongsian ilmu pengetahuan, penyelesaian masalah secara bersama, percambahan idea-idea baru dan pemansuhan gerak kerja yang berulang dan bertindan di pelbagai peringkat Persekutuan.
   
  Jayakan Persaudaraan!
Bukannya satu pilihan, tetapi satu kewajiban.

Untuk rekod, halaman sesawang pprm.pengakap.org telah diarah tamatkan siarannya pada 03 hb. April 2016, rentetan dari pembentukan baru, Majlis Pentadbir Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia Negara.

Terima kasih.

    Yang ikhlas.
portal : mohor.png

Faizal bin Abd Rahim.
Rabu, 09 hb. Januari 2019, 23:30, Selangor: Pelabuhan Klang; Bandar Bukit Tinggi.
     


Pautan Sesawang

Hak Cipta Terpelihara © 2009-2025, Faizal bin Abd Rahim


Soalan Lazim Berkenaan Perisytiharan