Segalanya bermula akibat dari keperluan mendesak Persekutuan Pengakap Malaysia untuk memiliki satu wadah penyebaran maklumat pengakap secara maya seiringan dengan perkembangan kemajuan arus teknologi maklumat dan perhubungan, semasa.
Rentetan dari itu, lahirlah halaman sesawang www.malaysiascout.org pada 03 hb. Julai 2008.
www.malaysiascout.org
Untuk rekod, halaman sesawang www.malaysiascout.org ini telah diarah tamatkan siarannya pada 29 hb. Oktober 2011 untuk digantikan oleh halaman sesawang www.scouts.my yang sepatutnya bermula dilayarkan dari tarikh tersebut, tetapi sesungguhnya ianya gagal dan kemudiannya terpaksa digantikan pula oleh halaman sesawang www.pengakapmalaysia.org pada 13 hb. Oktober 2012.
*
Jika ditanya, apakah sebenarnya, keperluan mendesak untuk mewujudkan sebuah halaman sesawang bernama, www.malaysiascout.org pada ketika itu, maka inilah jawaban sebenarnya... 23aprconf.malaysiascout.org, sebuah halaman sesawang yang perlu diwujudkan apabila Malaysia telah terpilih untuk mengelolakan Persidangan Pengakap Rantau Asia Pasifik ke 23 pada tahun 2009.
Adalah menjadi peraturan persidangan, untuk berita pertama bagi setiap Persidangan Pengakap Rantau Asia Pasifik, mesti diterbitkan pada tarikh tidak lewat dari 1 tahun sebelum persidangan bermula. Maka, tepat pada jam 00:00 27 hb. Oktober 2008, terbitan pertama halaman sesawang bertajuk, "23rd Asia-Pacific Regional Scout Conference", disiarkan dengan tagline... THE YEAR IS 2009, THE PLACE IS MALAYSIA!.
23aprconf.malaysiascout.org
**
Dan, apa yang lebih manis untuk diuar-uarkan... www.malaysiascout.org dan 23aprconf.malaysiascout.org, untuk rekod:
Diilhamkan, direkabentuk, dibina dan diselenggarakan oleh hanya seorang individu, sepenuhnya;
www.malaysiascout.org dan 23aprconf.malaysiascout.org, selama kewujudannya, adalah bersiaran... tanpa apa-apa sebarang kesan kewangan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia... dalam erti kata lain... ianya, percuma!.
Sekian dihikayatkan, adanya...
Terima kasih.
Yang ikhlas.
Faizal bin Abd Rahim. Rabu, 2hb. Januari 2019, 09:00, Kuala Lumpur: Cheras; Taman Desa Cheras.