Siapakah pemilik halaman sesawang ilmu.pengakap.org?
Halaman sesawang ilmu.pengakap.org adalah dibawah pemilikan:
Faizal bin Abd Rahim adalah pemilik sah berdaftar untuk domain:
- pengakap.org
Siapakah pengendali halaman sesawang ilmu.pengakap.org?
Halaman sesawang ilmu.pengakap.org adalah dikendalikan dengan sepenuhnya oleh:
- Faizal bin Abd Rahim
ASH : 009/07
Siapakah golongan sasar halaman sesawang ilmu.pengakap.org?
Halaman sesawang ilmu.pengakap.org menyasarkan para pelayarnya kepada golongan:
- Masyarakat Pengamal (Community of Proctice) gerak kerja Ahli Dewasa Dalam Berpengakap, Persekutuan Pengakap Malaysia.
Namun begitu, halaman sesawang ilmu.pengakap.org adalah bersifat terbuka untuk dilayari oleh seluruh ahli Persekutuan Pengakap Malaysia tanpa sebarang sekatan ataupun larangan.
Apakah tujuan halaman sesawang ilmu.pengakap.org dibangunkan?
Halaman sesawang ilmu.pengakap.org dibangunkan di atas tujuan:
- Menjadi wadah kandungan yang dihasilkan oleh pengguna (user-generated content) Faizal bin Abd Rahim; dan
- Menjadi wadah penyatuan dan penyemarak Pengurusan Pengetahuan Pengakap di kalangan Masyarakat Pengamal gerak kerja Ahli Dewasa Dalam Berpengakap di pelbagai peringkat Persekutuan.
Kaedah perlaksanaan yang diguna pakai untuk mencapai tujuan di atas:
- Menjadi bahantara penyebaran maklumat Kepengakapan yang tepat, meluas dan cepat;
- Menjadi bahantara perbincangan Kepengakapan yang dilakukan secara terbuka, bebas dan beretika;
- Menjadi bahantara perkongsian ilmu Kepengakapan secara menyeluruh dan saksama;
- Menjadi bahantara penyelesaian masalah Kepengakapan yang boleh diharapkan dan bersepadu; dan
- Menjadi bahantara aktiviti percambahan idea-idea baru Kepengakapan.
Apakah dasar-dasar pengendalian halaman sesawang ilmu.pengakap.org?
Dasar Pengendalian halaman sesawang ilmu.pengakap.org adalah disandarkan kepada:
- Peraturan-peraturan yang telah digariskan di dalam:
- ilmu.pengakap.org - Halaman Pengisytiharan.
- Pihak Pengendali ilmu.pengakap.org memiliki sepenuhnya hak mutlak di atas budi bicara kebijaksanaannya dari segenap sudut perkiraan; serta tidak berkewajiban untuk mengambil kira keperluan sesiapa pun pengguna di dalam tindakannya; dan tanpa perlu mengeluarkan sebarang kenyataan atau kenyataan beramaran terlebih dahulu:
- Untuk mentadbir halaman sesawang ilmu.pengakap.org dan setiap bahan isi kandungan di dalamnya di bawah peruntukan Syarat-syarat dan Peraturan-peraturan yang terkini dan semasa yang digubal dan dikuatkuasakan dari masa ke semasa.
- Dalam keadaan dimana, Pengendali ilmu.pengakap.org merasakan bahawa segala peraturan-peraturan yang tersedia tidak dapat menampung dan mencukupi untuk menangani segala keperluan dan keadaan semasa, maka:
- Kuasa pengendalian halaman sesawang ilmu.pengakap.org akan dikembalikan semula kepada pemilik sah berdaftar domain pengakap.org. Pemilik sah berdaftar domain pengakap.org tidak terikat untuk memberikan sebarang sebab di atas sebarang tindakan di bawah Peraturan-Peraturan ini.
Apakah dasar-dasar siaran hebahan halaman sesawang ilmu.pengakap.org?
Siaran hebahan halaman sesawang ilmu.pengakap.org adalah tertumpu kepada hebahan gerak kerja Ahli Dewasa Dalam Berpengakap berasaskan:
- Bahan sumber Pengakap Antarabangsa;
- Bahan sumber Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia;
- Bahan sumber am Pengakap; dan
- Bahan sumber am yang berkaitan.
Siaran di atas akan dilakukan melalui:
- Terbitan Berita;
- Terbitan Artikel;
- Muat Turun bahan di bahagian Pustaka;
- Pengumuman Ringkas;
- Pengumuman Khas; dan sebagainya.
Tumpuan adalah terarah kepada menguar-uarkan panduan permulaan berpengakap (tenderfoot) melalui penekanan kepada perlakuan Berpengakap: Cara yang sepatutnya ianya dilakukan.
|