Navigation
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Tetapan - Unit-Unit Persekutuan Pengakap Malaysia

Persekutuan Pengakap Malaysia - Unit-Unit Persekutuan Pengakap Malaysia

  
ilmu.pengakap.org  
 

Prosedur, Organisasi dan Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia (dibaca bersama semakan Akta Parlimen, Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016) menetapkan:

   
  Unit Pengakap Kanak-Kanak 
   
  Had Umur
 

Peraturan 227; Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Prosedur, Organisasi dan Peraturan-Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia menetapkan:

     
  227. Untuk menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak seorang kanak-kanak itu mestilah telah berumur 8 tahun, tetapi belum sampai umur 13 tahun. Dia tidak boleh menyambung sebagai Pengakap Kanak-Kanak apabila dia telah sampai umur tiga belas tahun.
     
   
  Unit Pengakap Muda
 
  Had Umur
 

Peraturan 244; Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Prosedur, Organisasi dan Peraturan-Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia menetapkan:

     
  (1) Untuk menjadi seorang Pengakap Muda kanak-kanak itu mestilah telah berumur 12 tahun tetapi belum sampai umur 16 tahun.
  (2) Seorang Pengakap Muda apabila sampai umur 15 tahun mesti menerima latihan sesuai dengan umurnya. Apabila dia sampai ke peringkat ini dalam kepengakapannya satu Istiadat Meningkat Naik hendaklah diadakan dan dia akan melafazkan semula Persetiaan Pengakap, dengan makna yang lebih besar sesuai dengan umur yang telah meningkat itu.
  (3) Seorang Pengakap Muda hendaklah meninggalkan Pasukannya apabila sampai umurnya 16 tahun.
     
 
   
  Unit Pengakap Remaja 
 
  Had Umur
 

Peraturan 247N; Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Prosedur, Organisasi dan Peraturan-Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia menetapkan:

       
  247N. (1) Untuk menjadi seorang Pengakap Remaja, seorang kanak-kanak itu mestilah berumur 15 tahun tetapi belum sampai umur 18 tahun.
    (2) Seorang Pengakap Remaja hendaklah meninggalkan Pasukan Remajanya apabila dia berumur 18 tahun.
       
 
   
  Unit Pengakap Kelana
 
  Had Umur
 

Didalam penerangan berkenaan Penubuhan Kumpulan Pengakap Kelana; Buku Panduan dan Skim Latihan Pengakap Kelana; Cetakan pertama 2009; menetapkan:

           
    PENUBUHAN KUMPULAN PENGAKAP KELANA.
 

 

Sebuah krew Pengakap Kelana adalah sekumpulan belia berumur diantara 18 hingga 40 tahun yang mempunyai minat yang sama. Terdapat 6 jenis krew Pengakap Kelana yang berlainan di mana kesemuanya boleh dirubuhkan di bawah Prosedur, Organisasi dan peraturan-Persaturan, Persekutuan pengakap malaysia. Semua krew adalah didaftarkan di bawah Negeri kecuali Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia(KLKM). Krew-krew tersebut adalah:
     
    1. Krew Pengakap Kelana dalan Kumpulan
    2. Krew Pengakap kelana Tempatan (Kumpulan Terbuka)
    3. Krew Pengakap Kelana Daerah
    4. Krew Pengakap kelana Kelanasiswa Malaysia (KLKM)
    5. Krew Pengakap kelana Aktiviti Istemewa
    6. Krew Perkhidmatan
 
   


Pautan Sesawang

Hak Cipta Terpelihara © 2009-2022, Faizal bin Abd Rahim


Soalan Lazim Berkenaan Perisytiharan