Tetapan - Darjah Kebesaran, Pingat dan Sijil Persekutuan
Persekutuan Pengakap Malaysia - Darjah dan Bintang serta Pingat Persekutuan
Persekutuan Pengakap Malaysia melalui sisipan pada Akta; guna pakai dalam pemakluman 1989; Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016); Tatacara Pengurniaan dan Pencalonan menetapkan:
Objektif
Objektif Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia:
a.
Memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin Pengakap yang telah berjasa kepada bangsa dan negara selaras dengan sumbangan dan komitmen terhadap Persekutuan Pengakap Malaysia.
b.
Memberi peluang dan ruang berinteraksi dan maklum balas tentang pencapaian terkini dalam Persekutuan Pengakap Malaysia.
c.
Menggalakkan sumbangan yang lebih aktif di kalangan ahli bagi memastikan Persekutuan Pengakap Malaysia mencapai objektif pergerakan berdasarkan Persetiaan dan Undang¬Undang Pengakap.
d.
Menjadikan ia contoh tauladan kepada ahli¬ahli Pengakap dan pemimpin generasi muda tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh penerima anugerah
Tatacara Pengurniaan dan Pencalonan
Perkara 2; di dalam Tatacara Pengurniaan dan Pencalonan menetapkan:
1.
Ketua Pengakap Negara adalah sumber bagi segala kehormatan dan kebesaran dalam Persekutuan Pengakap Malaysia. Beliau sahaja yang boleh mengurniakan serta mewujudkan Darjah, Pingat Penghormatan dan Kebesaran. Walaupun pengurniaan Darjah Kebesaran adalah hak mutlak Ketua Pengakap Negara. Perlembagaan memperuntukkan Ketua Pengakap Negara merujuk kepada Jawatankuasa Anugerah.
Upacara Majlis Penyampaian Darjah, Bintang dan Pingat
1.
Upacara penyampaian Darjah, Bintang dan Pingat akan dilakukan diperingkat Kebangsaan, dimana pihak Jawatankuasa Anugerah/Majlis Pengakap Malaysia/Ketua Pengakap Negara akan membuat ketentuan diperingkat kebangsaan untuk menentukan samada Seri Paduka Baginda Yang Di¬Pertuan Agong / Y.A.B Perdana Menteri / Y.A.B Timbalan Perdana Menteri atau sekiranya dibuat di negeri kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia / Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri, boleh juga disempurnakannya semasa Perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan diperingkat Majlis Pengakap Negeri¬Negeri, boleh ditentukan oleh Ketua Pengakap Negara kepada sesiapa yang akan menyempurnakannya atau Ketua Pengakap Negara sendiri akan menyampaikannya.