Navigation
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Kepengakapan - Tujuan dan Dasar Persekutuan Pengakap Malaysia

Persekutuan Pengakap Malaysia - Tujuan dan Dasar Persekutuan Pengakap Malaysia.

  
ilmu.pengakap.org  
   
  Segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia mestilah patuh sepenuhnya dengan garis Tujuan dan Dasar seperti yang telah ditetapkan di dalam:
  1. Bahagan 1: Tujuan dan Dasar. Prosedur, Organisasi dan Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia.
   
 

Tujuan Persekutuan.

Tujuan Persekutuan telah dinyatakan di dalam Peraturan 1; Bahagian 1: Tujuan dan Dasar.Prosedur, Organisasi dan Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia:

  Tujuan.
  1. (a) Tujuan Persekutuan ini ialah bagi membentuk kanak-kanak menjadi rakyat yang baik dengan membentuk sifat perangainya - melatih tabiatnya supaya ajam pemerhatiannya, menurut perintah dan percayakan kebolehan dirinya - menanamkan semangat taat setia dan prihatin terhadap orang lain - mengajar mereka berkhidmat dan berguna kepada orang ramai, dan membuat sendiri benda-benda yang berguna bagi dirinya, memajukan kesihatan tubuhnya, fikirannya dan semangatnya terhadap agama.
    (b) Cara latihan yang tertentu bagi Pengakap ialah penerimaannya sebagai ahli kepada sesuatu persaudaraan yang disukainya, dipandu oleh pemimpin dewasa, yang beransur-ansur dikelolakan sendiri dalam kumpulan-kumpulan lingkungan umur yang bertingkat-tingkat seterusnya; dengan membuka kepadanya peluang berkhidmat kepada orang lain, dengan memberikan kepadanya beransur-ansur tanggungjawab yang bertambah untuk dirinya dan orang-orang lain, supaya dia mempunyai kelayakan, berdikari, perangai baik, boleh diharap dan kuasa berkerjasama dan kepimpinan.

 

Dasar Pesekutuan.

Dasar Persekutuan telah dinyatakan di dalam Peraturan 2; Bahagian 1: Tujuan dan Dasar. Prosedur, Organisasi dan Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia:

  Dasar.
  2. Dasar dan amalan Persekutuan ini adalah berdasarkan Undang-Undang Pengakap dan Persetiaan Pengakap. Bahasa rasmi Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap adalah bahasa Malaysia. Dalam keadaan tertentu, Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap boleh menggunakan bahasa Inggeris.
   
   


Pautan Sesawang

Hak Cipta Terpelihara © 2009-2022, Faizal bin Abd Rahim


Soalan Lazim Berkenaan Perisytiharan