Navigation
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Kepengakapan - Ahli Persekutuan Pengakap Malaysia

Persekutuan Pengakap Malaysia - Ahli Persekutuan

  
ilmu.pengakap.org  
   
  Persekutuan Pengakap Malaysia menetapkan untuk menjadi ahli persekutuan adalah tertakluk kepada:
  1. Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016). 
  2. Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia.

Warganegara
  Perkara 13: Menjadi Ahli Persekutuan, didalam Seksyen II: Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia, menetapkan:
   
  13. Untuk menjadi ahli Persekutuan hendaklah dengan sukarela dan jangan ada beza-membeza disebabkan oleh bangsa, agama atau keturunan. Mereka akan terus kekal sebagai ahli Persekutuan selagi mereka menjalankan khidmat mereka dengan betul mengikut pangkat dan jawatan yang dinyatakan dibawah ini:
     
    (1) Pengakap yang menjadi ahli dalam Kumpulan yang berdaftar atau Pengakap Kelana atau mereka sendiri berdaftar sebagai Pengakap Perseorangan (Lone Scout), Pengakap Kelana Perseorangan (Lone Rover Scout), Pengakap laut atau Pengakap Udara.
    (2) Pemimpin Pengakap (Scouters).
    (3) Orang-orang yang memegang pangkat tidak bertauliah atau Kehormat seperti tersebut dalam Bahagian III merangkumi peringkat Kumpulan, Daerah, Kawasan, Bahagian atau Wilayah, Negeri dan Negara.

Warganegara Asing
  Perkara 15: Menjadi Ahli Persekutuan, didalam Seksyen II: Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia, menetapkan:
   
   15. (1) Warganegara negara asing boleh diterima sebagai ahli bergantung kepada persetujuan Ketua Pengakap Negara dan mereka akan melafazkan Persetian Pengakap seperti berikut:

  On my honour, I promise that I will do my best: -
   
  • to do my duty to God, and to the lawfully constituted Government of Malaysia,
  • to help other people at all times,
  • and to obey the Scout Law.
    (2) Nama penuh, nombor pasport dan alamatnya yang diterima masuk, bersama-sama dengan nama kumpulans di negara asalnya yang mana dia mungkin telah menjadi ahli, hendaklah dihantar kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
    (3) Pengeluaran sebarang Tauliah atau Lencana pangkat kepada seorang warganegara negara asing yang diterima masuk adalah berkehendakkan kebenaran khas daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
    (4) Warganegara asing tidak boleh sesama mereka menubuhkan suatu Kumpulan Pengakap sendiri dan bersekutu dengan Persekutuan Pengakap Negara asalnya atau memakai pakaian seragam Pengakap Kebangsaannya di Malaysia, kecuali pihak kedutaan Negara berkenaan mengambil alih kuasa penubuhannya. Jika pengakap itu melawat Malaysia meraka hendaklah memaklumkan kepada Pesuruhjaya Antarabangsa.

Penentuan
  Perkara 16: Menjadi Ahli Persekutuan, didalam Seksyen II: Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia, menetapkan:
   
  16. Selain daripada cara-cara lain yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan ini, kemasukan sesorang ahli itu boleh diputuskan dengan membuat usul oleh Majlis Pengakap Negara. Majlis Pengakap Negara tidak terikat untuk memberikan sebarang sebab di atas sebarang tindakan di bawah Peraturan-Peraturan ini.
   


Pautan Sesawang

Hak Cipta Terpelihara © 2009-2022, Faizal bin Abd Rahim


Soalan Lazim Berkenaan Perisytiharan