Navigation
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Selagi, ada janda ...
 
ilmu.pengakap.org
 

Saya ini, bukannya jealous...

Tapi...

Ingat, Pak Jabit!!!...

 
  Kampung Pisang muzikal raya 

Huh! Ambek, kau... mau, kaget itu Pak Jabit! 

Kena sound, tu... ngan Yah kucai, lagi... apa, you ingat... you tauke warong, Yah kucai, ada heran... hello... ni, "me kari kuah laksa", lah..., "you, tak kongsi, itu bekalan, I report Ustaz Kazem... you ponteng puasa!". Sudah Melayu mudah lupa, ker?...

Lagi sekali, ingat Pak Jabit!.

Dan; ini semua, salah Pak Din... Semuanya, selaku Ketua kampung, Kampung Pisang... dia sepatutnya memastikan keamanan dan kedamaian Kampung Pisang wujud dan terpelihara... tidak terganggu gugat oleh anasir-anasir subversive dari apa dan siapa, pun jua...

Sentiasa selamat dari ancaman bahaya!, gitu...

Ha, ha, ha... 

Ini, pula... kampung... ilmu.pengakap.org... penggawanya, aku... anak mukimnya, pun aku.... ibarat kata-kata P.Ramlee:

  ...
Padang pasir, ofis besar ana;
Pion ana, kerani pun ana;
Manager, kuli, ana sapu semua.
...
   

Haa, gitu...

Kampung, ini... ilmu.pengakap.org ... akan sentiasa dipastikan persekitarannya selamat dari sebarang bentuk ancaman mara bahaya, dari apa dan siapa, pun jua...

Yo, ler tu...

  Anda : Aku tengok, kekadang tu tatakelola, dasar dan amalannya, kelaut juga...
  Saya : Biasa, ler... kita kan, insan biasa...

Terimalah kembali wajah ini
Jangan terus membenci, sampai mati
Sedang hari berganti, kau mengerti
Sedang masa berganda, kau merasa
Aku manusia, pelakon cerita
Di pementasan alam ciptaan-Nya
Bukan sengaja melanggar arahan
Kadang terlupa watak dan peranan, aku manusia

Tapi, saya janji... 

Saya, dengan seberapa daya upaya saya akan: pastikan kampung ilmu.pengakap.org ini, akan selamat dari ancaman mara bahaya... selamat, persekitarannya...

Tidak kira; anda janda orang dewasa dalam berpengakap... anak dara pengakap... semua saya bagi kueh tau, yah kuchai... layan sama rata... penyondol pun saya tak akan sekali-kali pandang sebelah mata!.

Percayalah... saya, baik orangnya...

Huh!, percaya ler sesangat... malam sikit, kot... saya, "tenaga, orang yang sudah tidak berapa muda. ni... fefaham jer, ler... lagi pun, manifesto pilihanraya pun bukan aku janji, ini... pengakuan ini, apa lah sangat, kan..." 

Persekitaran yang selamat, ni...

Ada perwatakannya... bukan main boh, jer... main, mengaku selamat... macam, memilih wanita idaman, ler... kalau tak cukup tanda, tak mengurat, kot... dan sidia, pun; kalau rasa tak selamat dengan you, bye-bye... tak jadi ler suami isteri.

Haa... gitu...

  1. Keselamatan fizikal
  2. Keselamatan perasaan
  3. Keselamatan akal pemikiran
  4. Keselamatan kesejahteraan kemasyarakatan 
  5. Keselamatan alam digital

Ianya, melibatkan amalan-amalan selamat:

  Safe to Practice
  UK Coaching : Safe to Practice

Dan: sei nak tambuah...

Dah kalau Persekutuan Pengakap Malaysia, yang kita semua ini, ahlinya... sebagai sebuah pertubuhan yang diperbadankan dibawah Akta Perundangan Kerajaan Malaysia, kenalah:

  1. Memastikan Persekutuan dan pelbagai peringkat yang terangkum didalamnya akur patuh kepada Perundangan Malaysia;
  2. Memastikan Persekutuan dan pelbagai peringkat yang terangkum didalamnya akur patuh kepada Akta Persekutuan Pengakap Malaysia dan POR Persekutuan;
  3. Memastikan Persekutuan dan pelbagai peringkat yang terangkum didalamnya adalah berdaftar seperti kehendak POR Persekutuan;
  4. Memastikan segala orang perseorangan yang terkandung dalam pertubuhan Persekutuan juga berdaftar seperti kehendak POR Persekutuan;
  5. Memastikan pengisian (isi kandungan) dan semua rancangan pendidikan dan kegiatan Persekutuan adalah: dan
  1. Tertakluk patuh kepada segala perundangan Malaysia;
  2. Diperakui patuh dan terkini mengikut Piawaian Persekutuan; 
  3. Diperakui patuh dan terkini mengikut Piawaian badan-badan Pemegang taruh; dan
  4. Diperakui patuh dan terkini mengikut Piawaian bagi badan-badan yang bekerjasama dengan Persekutuan.
  6. Memastikan segala orang perseorangan; yang terkandung dalam pertubuhan Persekutuan; dan yang terlibat bekerjasama dengan Persekutuan; adalah diperakui kewibawaan dan keterampilan ilmunya (pengetahuan dan kemahiran) serta terpuji dalam akhlak perlakuannya.

Gitu kot, lebih kurangnya...

Baru, ler gerek seh... Baru ler, selamat dari bahaya... dan juga lupa: yang ini selalu kita tak pandang; tapi acap kali menggunakan alasan, terlepas pandang; termasuk didalam Persekitaran Selamat, Persekutan Pengakap Malaysia:

  Persekutuan, mesti menyatakan (menjadikan nyata) Tujuan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Bahagan 1: Tujuan dan Dasar. Prosedur, Organisasi dan Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia.

Baru, ler... bermakna menjadi ahli Persekutuan.

saya, ulang...

Termasuk dalam Persekitaran yang Selamat adalah apabila Persekutuan berjaya mencapai tujuan Pemerbadanannya dan bukannya hanya setakat penyendal satu bahagian dalam masa, yang perlu dilalui dalam kitaran hayat kehidupan yang sia-sia.

Hindarkan undue influence...

Pengakap... bukan sahaja perlu baik dan berguna: dia mesti kelihatan dimata dunia sebagai orang perorangan yang diperakui baik dan berguna untuk kesejahteraan jagat...

Bukankah: Pengakap membina dunia yang lebih baik. kan?...

Nak tulis yang lengkap, ker? bahan dan penulisan, ada dah... tapi, tengoklah nanti... ini, pun dah dikira hanya sebagai tambahan gambaran Selamat dari ancaman bahaya yang telah pun diselitkan disana-sini dalam penulisan rencana-rencana bodoh oleh saya selama ini melalui hantaran-hantaran berita dalam halaman ilmu.pengakap.org, cuma... you orang tak perasan jer, kot...

Berpengakap: Cara yang sepatutnya ianya dilakukan.

Jangan asyik, kejar janda aje... "saya, macam mana?", Yah kucai... "Saya nak juga, jawatan kueh itu!". Ingat, Pak Jabit... kalau nak selamat!.

Sekian, adanya...itu, pesanan penaja... amalkan.

Yang ikhlas.


portal : mohor.png

Faizal bin Abd Rahim.
Sabtu, 1 hb. Jun 2024, 00:00, Negeri Sembilan: Astana Raja; Omel Lang Cottage.
     
*

P/S

:

Semasa melepak waktu bonfire...
     
Isteri : Lama nampak, tinggalkan: Pengakap... ilmu.pengakap.org
Saya : Entahlah... dah macam orang asing rasanya.
Tak diperlukan lagi, kot?...

       
Lagu : Perfect Strangers
Artis : Deep Purple
Muzik : Ritchie Blackmore;
Ian Gillan; dan
Roger Glover.
Lirik : Ian Gillan.
    
     
   
Dokumen  1.  Nickel, J. W. (1993). The human right to a safe environment: philosophical perspectives on its scope and justification. Yale J. Int'l L.18, 281. 
    2.  Prashanti, E., & Ramnarayan, K. (2020). Ten maxims for creating a safe learning environment. Advances in physiology education44(4), 550-553. 
    3.  Team, U.C. (no date) A guide to safe to practiceUK Coaching. Available at: https://www.ukcoaching.org/resources/topics/guides/duty-to-care/a-guide-to-safe-to-practice (Accessed: 31 May 2024). 
 


Pautan Sesawang

Hak Cipta Terpelihara © 2009-2024, Faizal bin Abd Rahim


Soalan Lazim Berkenaan Perisytiharan