Navigation
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
16/01/24
 
Library: PPM.png
  Tanggal... 16/1/19, tup-tup... ilmu.pengakap.org tampil.

Dan; tanggal... 16/1/24.

Halaman sesawang,, ilmu.pengakap.org masih lagi mampu untuk melukutkan, kalau pun tidak lagi dapat untuk melikutkan dirinya, di tepian gantang dunia Kepengakapan Malaysia...

Dalam keadaan kehadirannya...

Sesungguhnya, tidak sekali-kali diundang, diuar-uarkan dan rasanya, sekali-kali ianya tidak diraikan...

Pergh!... diam, tak diam... 5 tahun dah.

  "...
Despite your best efforts, you refuse to die.
..."

  TopGun Maverick: Rear Admiral Chester "Hammer" Cain

Yeah!... that fits ilmu.pengakap.org perfectly...

Kehadirannya, apa yang pada mula asalnya, hanyalah sekadar peneman melayan keghairahan berahi berpengkap diri sendiri... masih lagi mampu untuk berdiri; walau kemungkinan tidaklah sama tinggi dengan yang lain... harap-harap, ia tidak rendah; di hujung sudut hati naruni sanubari, hendaknya...

Dalam kehidupan; saya bekalkan kepada anda satu rahsia, untuk kekal wujud.... Ini, apa yang saya pelajari semasa pengajian, MBA.

Caranya: Defy the laws of nature!.

Haa... tu, jer yang perlu anda semua lakukan. Dan kalau dalam teori dan prinsip saintifik; ianya tertakluk dalam hukum seperti laws of thermodynamics, the theory of relativity, and the principles of quantum mechanics

Telah, diriwayatkan dihikayatkan...

Kata orang kampung saya di Parit Pasir, Pekan Nenas, Johor: Rumusnya; atasi vector dengan vector with opposite direction dan laraskan ianya dengan Control equation... Habis ceriter, akhirnya... dapatlah apa yang anda impikan...

Umpamanya; terjun tiruk tapi tak mati... Insya-Allah.

  halaju terminal terjun udara!
  Halaju terminal terjun udara!

Nampak? Faham?...

Menentang hukum alam!. Untuk, Kekal wujud; tatkala yang lain, telah pun luput!

Adik manis, abang kumis... layang-layang: mengundang ghairah untuk diperhatikan kelincahan gerak seni tarinya; hanya sanya jika ianya terikat utuh kuat pada teraju, talinya... putus teraju, seyogia... ianya tidak akan lagi menimbulkan rasa berahi untuk melihat liang liuk arah layang lenyap perginya!...

Maksudnya...

Anda (walaupun dengan mengambil semangat; menentang hukum alam) boleh menonjolkan diri dengan menentang arus, namun ianya hanya terpakai dalam keadaan; hadirnya perlakuan anda itu bersama dengan asas-asas pegangan yang utuh kuat, mengikat hukumnya... Jika tidak, lupakan!... anda, akan hilang ditelan arus peredaran zaman!.

Ingat, anda perlu ada asas pegangan; pengikat kewujudan, penampilan dan keterampilan.

Ini semua memerlukan asas keupayaan untuk berfikir di luar kotak... dalam kosa kata ini, penekanan: kotak; adalah sangat-sangat penting! Kerana apa? kerana... anda, tidak boleh berfikir tanpa adanya, kewujudan kotak tersebut; yang sebenarnya berperanan sebagai asas ruang lingkup yang mengikat hukum alam sesuatu ciptaan Illahi... tanpa kotak; anda sebenarnya berfikir di luar otak! hadam, fahamkan...

Your mission should you choose to accept it

Kawal sesuatu hukum alam dengan hukum alam yang bertentangan dengan hukum alam yang ingin diatasi, itu... dan penting; laraskan Persamaan Kawalan. agar ia menzahirkan keputusan anda impikan.

Macam mana?, senang jer... gunakan otak!

  functions of brain
  Fungsi-fungsi otak.

Dan; Otak yang mana?

Huh...! otak anda sendiri ler. Tak kan ler, nak guna otak saya, pulak... apa, barang!... biasakan, jangan asyik hendak menggunakan daya fikir (otak) orang lain sahaja, untuk menyelesaikan sebarang permasalahan diri anda...

Asah otak anda! kenali keupayaannya... Anda; otak, kanan? otak, kiri?

Tak tau?, Huh! hampeh... cuba ujian ini: ujian otak kanan otak kiri.

  left brain and right brain
  Otak, Kanan atau Otak, Kiri

Okay, dah faham?... sekarang, gunakan ianya sebelum ianya lemau!

Tapi, tapi, tapi... Macam mana nak fikir? bang, serabut na, ni... Aduh... jangan ler cendol sangat... sampai nak fikir pun tak mahir-mahir lagi!, dah jadi, Ahli Dewasa dalam  Berpengakap, tu...

Hello, bang!... maksud saya nak fikir dengan baik, ler bang...

Ohh... berfikir secara kritis, yer?... Okay.

Saudara, saudari... para pemikir yang cemerlang bukannya tup-tup jadi gemilang, terbilang... tidak, yer... tidak begitu, bukan lahir-lahir; pandai... huh!, tolong sikit haa... Nak jadi, pemikir yang cemerlang... kene, ler dilatih dan diasah, tanam, benam berulang kali dengan kemahiran tersebut, dari mamat atau pun minah tu, usia kecil lagi... biar, jadi darah daging...

Intan, tak akan muncul; kalau arang batu you buat bahan api fosil, faham!...

Intan ku kesepian akan hanya terbentuk, bila ianya (arang batu) dikenakan satu tekanan irama daya tekanan dalam jumlah gigapascal yang tinggi dan pengebumian yang mendalam serta didedahkan haba pemanasan yang terlampau selama berjuta-juta tahun lamanya, baru lah menjadi... 

   Guide to think
  Panduan berfikir secara kritis.

Haa... ambil rumus panduan sebagai amalan. 

Gabungkan dan pertingkatkan kemahiran daya pemikiran kritis, anda... agar anda dikagumi dan disuri teladankan, para pengakap dan manusia...

  Critical thinking skills
  Kemahiran berfikiran kritis

Untuk mengaitkan semua ini; dengan dunia; Kepengakapan, peribadi... Saya bukanlah orangnya. Masih terlalu banyak untuk dituntut pelajari... 

Terhadap segala bentuk perkongsian selama ini: ilmu.pengakap.org

Bukanlah, ianya... ulasan cerakinan semberono... kalau pun ianya, dianggap tidak berguna waima, seduit pun, jua... tapi, ia adalah iktirad atas hasil penaakulan seorang Pengakap sekerdil zarah: Faizal bin Abd Rahim.

Apatah lagi: ilmu.pengakap.org

Acapkali, saya ratibkan... hanya sanyalah, seyogia ianya terikat tidak lebih dan tidak kurang, sebagai penyemarak api keghairahan, berahi berPengakap, siempunya diri sendiri, sesungguhnya, sebenarnya!

Tidak ada maksud lain yang explicit (tersurat) dan yang tacit (tersirat) dan; apatah lagi yang implicit

Percayalah!... abang jujur orangnya; diperakui akan kedhabitan dan perawiannya, adil dan selamat daripada syaz dan juga kecacatan.

Hmmm, gitu... Cool Laughing 

Dan; Insya-Allah... suramnya bara api keghairahan berahi berPengakap, yang menghantui diri ini, kini, tika dan saat ini... akan saya marakkan, dengan tiupan angin bisikan kemesraan: Once a scout, always a scout!

Biar ia marak, semaraknya nyalaan unggun api Kuala Marong, ini...

Sajer, nak bagi tau... saya sambut tahun baru, 2024... camping!, dengan siapa? huh! tak payah ler nak tahu... penat jer ajak, bukannya nak ikut, pun!...

Sepekan lamanya... kelas gitu.

Terima kasih!

portal : mohor.png

Faizal bin Abd Rahim.
Selasa, 16 hb. Januari 2024, 00:00,Kuala Lumpur: Cheras; Taman Desa Cheras.
     
   

And; this...


"...
Yet you can't get a promotion, you won't retire, and despite your best efforts, you refuse to die.
...
Why is that?
...
I'm where I belong, sir.
"
  TopGun Maverick: Rear Admiral Chester "Hammer" Cain

Really, fits me: Faizal bin Abd Rahim, perfectly; I'm where I belong...

Campsite Kuala Marong

 

Lagu   : Somewhere I Belong
Artis   : Linkin Park
Muzik   : Linkin Park
Lirik   : Chester Charles Bennington and Mike Shinoda

 

 

Apa, lagi... yang boleh saya perkatakan.

     
   
  Dokumen: 1. Facione, P. A. (2011). Critical thinking: What it is and why it counts. Insight assessment1(1), 1-23.
 
2. Facione, P.A. and Gittens, C.A. (2016) Think critically. Boston: Pearson
    3. Goswami, U. (2011). The Wiley-Blackwell Handbook of Childhood Cognitive Development. Wiley-Blackwell.
    4. Indeed Editorial Team (2023). Critical Thinking: What It Is and Why It's Important| Indeed. com.
    5. Le Cunff, A. L. (2022). How to Think Better: the complete guide. Ness Labs.
    6. Schuster, S. (2021) The art of thinking in systems: A crash course in logic, critical thinking, and analysis-based decision making - strategic problem solving for Everyday Life. Monee, IL. 


Pautan Sesawang

Hak Cipta Terpelihara © 2009-2024, Faizal bin Abd Rahim


Soalan Lazim Berkenaan Perisytiharan