Navigation
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Saya, ulang...
 
ilmu.pengakap.org  

Ha, ha, ha... (untuk sekali lagi, kita mulakan, dengan ketawa...)

Now, I tanya you all...

Si, Nasra Abukar Ali’s, cheerful jovial skip; si, Khadija Aden Dahir, the chairwoman of the Somali Athletics Federation...

  1. Apa kaitan, mereka berdua?
  2. Apa kaitan, dengan ini cerita?

Cer, teka?

Malas!... huh! apa barang... Cendol!, Pengakap mana boleh, malas-malas... kan?.

Tak dapat, teka?...

Alamak... takper, kita tengok dulu videonya...

 
  XXXI FISU World University Games

Seperti yang sering saya uar-uarkan, kepada anda selama ini...

Inilah, akibat dari satu tindakan: Semuanya tidak terjadi, dengan sendiri... semua keputusan terhasil dari satu tindakan yang telah dilakukan pada usaha-usaha yang telah dijalankan, dilaksanakan... dengan izin Allah S.W.T (Tuhan)... 

Ingat tak lagi... Graf Halatuju-Masa (Velocity-Time Graph)?.

Dan;

Ianya, memalukan? terpulang...

  1. Walau apa pun alasannya:
a. Dia, telah mencuba; : Huh!:
  1. Teramat-amat diragukan;
  2. Bang, walaupun Sukan Universiti Dunia, bertaraf Olimpik tu bang... sebagai insan terpelajar, beliau sepatutnya tahu, setahu-tahunya... Olimpik, bukannya tempat untuk satu percubaan, ia adalah tempat untuk menunjukkan pencapaian. Nak cuba-cuba... masuk sukan fakulti, itu pun... jika layak!
b. Dia, telah mengambil bahagian; : Dalam apa pun jua, dalam pertandingan; kekalahan adalah sesuatu yang boleh boleh diterima; jika, ianya dialami secara bermaruah... yang mana:

 

  1. "On any given Sunday you're gonna win or you're gonna lose. The point is - can you win or lose like a man?", Tony D'Amato
  2. Mana letaknya integriti, maruah diri... Jika anda tahu anda, tidak layak untuk sesuatu... please... serahkan tugasan itu, kepada yang selayaknya. Tiada alasan untuk menutupnya dengan hanya setakat mengatakan, "saya telah lakukan dengan sedaya upaya, saya..."; sedangkan anda sendiri tahu, anda bukanlah insannya untuk menanggung tugasan yang diserahkan.
  3. Mengambil hak insan lain yang lebih layak adalah satu perbuatan yang tidak sekali-kali boleh dimaafkan. Keadaan adil dan saksama mesti ditanam dan dipertahankan dalam kehidupan kita, apatah lagi jika anda adalah seorang yang mengaku sebagai, Pengakap.
  2. Lagi, ler... dalam kedudukan, dia anak saudara kepada:
  1. Asha Adan Dahir: Deputy head of delegation for Somalia at the XXXI FISU World University Games; dan
  2. Khadija Adan Dahir: Chairman the somlia's national athletic committee.

Adalah, amat memalukan... dan cukup untuk ulasan ini menjadi kesimpulan:

  "An abuse of power, nepotism, and defaming the name of the nation"
  Mohamed Barre Mohamud, the Somalia's Minister of Youth and Sports

Nampak?, jelas?... 

Kekadang tu, akui... memang ada orang yang terdesak, untuk menunjuk keterampilan dirinya, pelbagai tindakan dilakukan untuk menyerlahkan keupayaan dan mengapai impian, tetapi... 

Kalau nak mabuk, pun... agak-agak ler...

Jangan ler, sampai... "Tak menyempat-nyempat; nak menunjukkan, kebodohan... dan; tak kena tempat; nak menunjukkan, kepandaian!"

Simpan-simpan ler sikit. perangai awak yang gelojoh, tu... boleh?

Ni, sure kena sindrom; Peter Principle, ler ni... ingat, dia akan sentiasa berjaya tanpa memikirkan keupayaan diri sendiri, untuk tugasan selanjutnya... Dunning-Kruger effect, pun mungkin jugak... ingat diri sentiasa berpengetahuan atau berkeupayaan dalam semua bidang, apatah dalam bidang khas tertentu...

Susah, kalau ada manusia macam ni... Ingat best... walhal, cendol... Dalam kehidupan, dalam kePengakapan... sama, jer...

Sebab, tu... dalam, Pengakap? sebagai seorang, saya... sebenarnya, masih takut, untuk saya; mengatakan saya layak untuk menjadi seorang Jurulatih Pengakap. Apatah lagi, tatkala menyedari, ramai lagi Jurulatih... yang dirasakan lebih berkelayakan... So, main belakang-belakang, jer ler, yer...

Hellohello! hello!...  main belakang-belakang, okay... bukan main, belakang!

Chui! saya Pengakap, okay... Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan! Jangan sekali-kali, babitkan diri saya dengan perbuatan yang sedemikian! Saya, suci dan menyucikan... 

Pengakap, mutlak... gitu.

  "...
Selamat lah datang, selamat lah tinggai;
Orang puteh kata, good nite denganlah good bye;
Saya lah umpama, seekor lah tupai;
Di mana ada ranting, disitu saya sampai.
..."
  Lodeh Mak Lodeh: Zaharah Agus

Intipati dari maksudnya...

Saya, sekali-kali tidak akan memandai-mandai, mengaku pandai!... Dalam dunia, ni... banyak perkara yang saya tidak tahu!; dalam erti kata lain, saya bodoh, so. kena lebih banyak, belajar....

Dan; apa yang saya pelajari...

Rangkuman dari; Pengalaman dan Pengamalan diri... Kalau diizinkan, Insha-Allah saya, kongsikan... Lagi pun, semuanya bukan ilmu pengetahuan saya pun, sebenarnya... sekadar, diizinkan, sedikit kefahaman, tu jer...

Ibarat, kata saya...

Bagi saya, ranting... kalau tiada aral, melintang... saya, sampai. Insha-Allah...

  "...
Disana pun merak, disini pun merak;
Merak yang mana, kepong hendak di kepong;
Disana pun ndak, disini pun ndak;
Pusing belakang; punggong, terajang punggong!
..."
  Lodeh Mak Lodeh: Zaharah Agus

Haa, haa, haa... Am,bek, kau!

Semua dia, ndak... biasanya, dia!. 

Kawan!... berikan sesuatu, haknya!. Hormati, kewibawaan pengetahuan... berikan kepada ilmuannya!.

Saya rangkumkan, segala bebelan saya selama ini, dengan:

 

Dunia ini, musnah; kerana:

  1. Orang pandai, diangggap baghal; dan
  2. Orang bingai, memandai-mandai.

Sekian... Terima kasih.

    Yang ikhlas.

portal : paduka.png

Faizal bin Abd Rahim.
Khamis, 28hb. September 2023, 13:00, Negeri Sembilan: Astana Raja; Omel Lang Cottage.


   
  * p/s : "...
Gegat dengan pijat, jadi towkay bangsawan;
Yang jadi derekter cerita, hai sang babi hutan;
Datang gajah temiak, jadilah  pahlawan;
Yang jadi seri panggung,ai... anak ikan ruan!
..."
       
      Pergh!... kelas. 

Kalau, kita faham secara mendalam, puitisnya

Dan;

Diatas segala lontaran fikiran, yang saya persembahkan, selama ini...

Adakah, ianya masih gagal, menjentik kesedaran?

Me: Kelabu
     
Tajuk : You're the voice
Penyanyi : John Farnham
Muzik : Andy Qunta, Maggie Ryder, and Chris Thompson
Lirik : Keith Reid



Pautan Sesawang

Hak Cipta Terpelihara © 2009-2024, Faizal bin Abd Rahim


Soalan Lazim Berkenaan Perisytiharan