Navigation
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
ﺍﻱﻡ: Buaya...
 
Library: PPM.png
 

Yo, ler tu.... 

 
  Pendekar Bujang Lapuk

Dan; 

Virus benggong, tu... selalunya, terjangkit ler juga, kat kita...

Tak payah, ler... kita dengan cergasnya mengeluarkan, segala lengok tari jurus silat, menepisnya... ngaku jer ler... penyakit, tu woi... adik manis, abang kumis...

Orang, yang... tak mengaku sakit,ni... bukan setakat, payah.... malah, tak dapek kita nak ubatkan, dia...

Sesungguhnya, merasakan diri: pandai, tu... satu masalah!. Ujub, takbur, macam best... perasan...

Kekadang, tu... kita naik, bukan sebab kita pandai atau bagus, sesangat pun... sajer, Allah S.W.T. (Tuhan) nak tunjukkan secara halus, yang kita ini, sebenarnya.... bodoh!. Hanya tahu, beberapa ilmu, sajer... bagi, tugasan baru; baru kita tau, langit tinggi rendah...

Sebab itu, ler... dalam kehidupan, malah dalam kepengakapan...

Pendidikan untuk pengetahuan, penting!.

Kenapa saya bebelkan tentang ini... Jeng! jeng! jeng!.

Ada sekali tu, saya ke Rumah B.P... Tak Lama, pun... bebaru ini, sahaja... 21 hb. Februari 2024. Ada seorang jurulatih, tu kata, "Faizal, bagi lecture tentang Project Management, peserta tak faham, langsung...blur". Alah, benda lama, masa CLT kot...

Ingat ini, CLT... CLT, ini point pentingnya, di sini. Bagi dan sebagai seorang; saya...

  1. Anda, peserta CLT selalu berlagak berbangga, CLT adalah kursus profesional dan meratibkan, tolong layan kami (peserta) seumpama orang yang berpengetahuan profesional. 
  2. Okay... berikutan dari dakwaan di atas... maka saya selaku lecturer pun layan ler peserta semua sebagai perserta bertaraf profesional, seperti yang sering dilaung-laungkan itu, iaitu:
  1. Saya tidak ler menerangkan Project Management itu secara am:
    1. Kepentingan Project management;, ker...;
    2. Project Management, ada berapa fasa (kitar hayat)dan setiap fasa, kena buat apa; dan
    3. Dan, seperti biasa... bagi ler kerja kumpulan... buat satu projek dan bentangkan...
  2. Apa barang... Macam bebudak sekolah, macam tu... anda kan, profesional! So... 
    1. Saya tayangkan ler satu video membentangkan, kegagalan projek dalam dunia sebenar... 72% projek gagal dan sebab-sebabnya. Masa ini, ada ler peserta merungut, itu projek syarikat besar dunia... Aduh!... masa ini, hendak ajer saya stop dan tanya:
      1. Kalau syarikat besar, tergolong dalam Top 500 pun ada kegagalan projek walau pun dijalankan oleh tenaga ikhtisas terlatih, you fikir you siapa?;
      2. Okay, kalau you handal, ler sesangat... hasil dari pengakapan (satu projek jangka panjang) secara khasnya; adalah digambarkan dalam kejayaan melahirkan Pengakap Raja... Negeri, Daerah, Kumpulan, you... berapa peratus yang mencapai tahap kelulusan Pengakap Raja? tolong bentangkan...; dan
    2. Sebagai tugasan, saya suruh ler peserta bentangkan faktor-faktor kemunkinan berlakunya kegagalan projek Pengakap yang bakal mereka jalankan; dan dipermudahkan lagi dengan saya bahagikan kumpulan mengikut fasa Project Management Life Cycle. Itu sahaja... kara profesional... hasilnya, huh! profesional ler sesangat...
  3. Sebenarnya, apa yang saya terangkan dan syarahkan kepada peserta, adalah... tentang Project Management Audit... ataupun, lebih khasnya Project Management Risk... Project Management Control... iaitu, aktiviti terpenting dalam menjayakan setiap Project Management.
    1. Aduh! tak akan ler peserta, aspect saya akan menerangkan detail dalam setiap fasa Project management Lifecycle? Itu budak sekolah! cendol ler sesangat...;
    2. Sebagai peserta, anda sepatutnya kalau pun tidak, semestinya... telah arif tentang  Project management Lifecycle dan jangan ler minta diulang terang lagi benda yang sama berulang-ulang kali... tadika ker? lemau... ; dan
    3. Memperakui keprofesionalan yang sering didakwa oleh anda sendiri, wahai para peserta, sila matangkan diri untuk memperdalami aspect terperinci dalam setiap modul pembelajaran anda, bukannya... mengetahui the tip of the iceberg dalam setiap ilmu sahaja.... 

Sekian... hanya itulah, permintaan ku, mambang.

Sebenarnya, saya hendak anda (khususnya peserta CLT), tahu, setahu-tahunya ...

ﺍﻱﻡ... bukan: Buaya...

Kalau setakat; Pak Abu, "Ohh... Ini saya kenal, saya tahu ini, huruf ini... Inikan huruf 'M'", saya tak heran tak kisah... kerana, dia darjah awal (ibarat nak ambil 2 beads) tapi, kalau Pakcik Mat... dah darjah pertengahan tu (ibarat nak ambil 3 beads), pun... ﺍﻱﻡ: Buaya... apa ceriter?....

Jangan jadi, Johnny English: He Knows No Fear. He Knows No Danger. He Knows Nothing.

 
  Johnny English

Nampak?

Ambil iktibar... jangan merasakan diri sentiasa hebat (peringatan untuk diri sendiri, sebenarnya); mengetahui dan menguasai semua pengetahuan dan pengalaman.

Dan; kalau pun... kalau, pun...

Itu, penyebabnya saya... selepas dari peristiwa itu, tidak lagi dijemput sebagai jurulatih CALT atau CLT... maka, seperti biasa, jawaban saya... Ikhlas, "saya peduli apa!".

  1. Saya, katakan tidak dijemput kerana sebenarnya tiada surat lantikan sebagai Jurulatih yang saya terima.

Bagi anda; ianya remeh... Maaf, bagi, saya; yang dilatih secara profesional... ia, penting. Bagi tindakan pengurusan dan pentadbiran.

  2. Sebagai satu pertubuhan, yang telah matang... segala tindakan perlu mematuhi garis panduan tata kelola pengurusan dan pentadbiran yang selaras dengan sepenuhnya.

Jangan samakan, saya dengan Jurulatih yang lain...

Saya; berikan anda, sudut pandangan yang berbeza dalam perkara yang, pada pandangan anda; rasa ianya... setakat, biasa-biasa sahaja. 

Biasakan ianya, apabila anda bersama, saya.

Alah, sajer jer sesekali saya; nak nakal-nakal, sikit... Itu, pun... koyak?... Aduh!...

Huh! nampaknya... saya perlu belajar ler dari, Barry Seal. Macam mana untuk ada abang besar, belakang... yang akan cover semua perbuatan saya, macam selalu orang buat, dalam Persekutuan kita... 

 
  American Made

Baru, gerek... seh!. Buat salah, 1001 kali, pun... Aiman, tak kisah...

Namun, hakikatnya, sesuatu yang sebenarnya... susah untuk saya usahakan...

Kerana selalunya, acapkali apabila saya merapati dan bertanya, "Bagaimana untuk menjadi kawan rapat kepada, anda?"... semua orang, lari!, tinggalkan saya, sesorang (baik dalam kehidupan, dalam kepengakapan)...

Saya, bukan sahaja setakat seperti, limau mandarin kinnow, selepas Tahun Baru Cina; yang murah, tapi masih tidak laku... (meminjam kata-kata pelawak, Douglas Lim); malah, saya... ucap Selamat Tahun Baru Cina kepada Pesuruhjaya Latihan Negara, pun... tak dibalas. Saya, cuma ucap selamat jer, apa nak takut... saya bukannya, nak kan jawatan pun!

Lepax, ler... saya bukannya ada, maksud tersirat pun.

Ini, maksudnya...

Saya; ambil rumus panduan sebagai amalan... perlukah untuk saya, tangkap satu jawatan untuk flock together...

Huh!, rerentikan, ler Faizal...

Tak Ada siapa pun nak kan, awak!...

Huh!, tau... cuma, sajer jer... sesekali teringin juga nak memengsankan diri. Ala-ala, tak sedar diri, gitu... malah, pada saya... itu lebih mulia dari sibuk pegang jawatan, tapi... tak meningkatkan semenda, pun... kan?...

Lagi, pun... berangan, bukan kena bayar seduit, pun... free jer...

Terima kasih!

portal : mohor.png

Faizal bin Abd Rahim.
Khamis, 22 hb. Februari 2024, 12:00,Kuala Lumpur: Cheras; Taman Desa Cheras.
     
   
p/s : Selamat Hari Pengasas Pengakap.
     
Rembulan Kesiangan
Lagu   : Rembulan Kesiangan
Artis   : Razzi Rahman
Muzik   : Saari Amri
Lirik   : S. Amin Shahab

 

 

Sekali lagi; apa, lagi... yang boleh saya perkatakan.

     
   
Dokumen: 1. Eurropean Commission. (2004). Project cycle management guidelines. Aid Delivery Methods, 1st ed.; European Commission: Brussels, Belgium, 1-158.
  2. Helameri, E., Krastina, A., & Raasakka, E. (2022). EU Project Planning and Management Handbook: Based on Project Cycle Management (PCM).


Pautan Sesawang

Hak Cipta Terpelihara © 2009-2024, Faizal bin Abd Rahim


Soalan Lazim Berkenaan Perisytiharan