Navigation
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Gerak Kerja - Orang Dewasa Dalam Berpengakap

Persekutuan Pengakap Malaysia - Orang Dewasa Dalam Berpengakap

  
ilmu.pengakap.org
 
   
  Jelas seperti yang telah termaktub di dalam Tujuan dan Maksud-Maksud Perbadanan Persekutuan; seksyen 5; Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016). menafsirkan bahawa kewujudan Pengakapan adalah untuk menzahirkan kewarganegaraan yang baik di kalangan budak-budak (dibaca sebagai : Kepengakapan wujud untuk kepentingan budak-budak).
   
  Orang Dewasa Dalam Berpengakap : Peranan dan tanggungjawab 
   
  Persekutuan adalah merupakan satu pergerakan budak-budak. Kehadiran ahli Orang Dewasa Dalam Berpengakap pula diperlukan untuk berperanan sebagai pembimbing, pemberi panduan dan sokongan kepada mereka.

Peranan ini amat penting kerana penentu kepada kejayaan pembangunan dan penyampaian program budak-budak ini memerlukan sepenuhnya pembabitan serius yang cergas dan cerdas dari kalangan ahli Orang Dewasa Dalam Berpengakap yang berdaya saing.

Mereka ini akhirnya akan berperanan dengan tugasan:

  1. Kepimpinan dipelbagai peringkat Kumpulan Persekutuan.
  2. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dipelbagai peringkat Persekutuan.
  3. Ahli Pasukan Latihan dipelbagai peringkat Persekutuan.
  4. Pentadbiran dan Pengurusan dipelbagai peringkat Persekutuan.
  5. Ahli Tidak Bertauliah dipelbagai peringkat Persekutuan.
   
  Orang Dewasa Dalam Berpengakap - Keanggotaannya
   
  Untuk tujuan seperti pernyataan di atas, Persekutuan pada dasarnya bergantung secara asasnya kepada Orang Dewasa Dalam Berpengakap yang bersifat sukarelawan sepenuhnya yang terdiri daripada:
  1. Individu yang telah melalui detik-detik proses kedewasaan dalam dunia kepengakapan itu sendiri (bermula sebagai anggota Pengakap Kanak-Kanak sehingga menjadi ahli Orang Dewasa Dalam Berpengakap); atau
  2. Individu yang akhirnya tertarik untuk menyertai dunia pengakapan dan dengan sukarelanya sanggup menyumbangkan masa dan tenaga mereka untuk Persekutuan; atau
  3. Dalam keadaan tertentu, Persekutuan akan mendekati individu tertentu (yang memiliki tahap kemahiran tertentu, yang dirasakan amat perlu tapi tidak diperolehi dalam kalangan ahli Orang Dewasa Dalam Berpengakap semasa Persekutuan) dan melatih mereka untuk tugasan tertentu
Mereka ini:
  1. Perlu untuk dilatih, diperlengkapkan dengan segala keperluan persaingan untuk memenuhi dengan sepenuh tugasannya
  2. Perlu untuk disokong secara berterusan dan diberikan tugasan baru pada masa sewajarnya sehingga mereka ini bersara.
   



Pautan Sesawang

Hak Cipta Terpelihara © 2009-2022, Faizal bin Abd Rahim


Soalan Lazim Berkenaan Perisytiharan